Membentuk Minda dan Sikap Positif

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak bercerita sedikit tentang sebuah kisah pendek dan pengajaran yang dapat kita perolehi dari kisah tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Jemput baca kawan-kawan.
Baru hari pertama saya mengajar di sebuah sekolah menengah sebagai seorang pembantu makmal, saya dah berputus asa. Namun begitu, sebelum membuat apa-apa keputusan yang drastik, saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan pembantu makmal sebelum ini iaitu Puan Rahimah dan berterus-terang dengannya tentang dilema saya dalam meneruskan pekerjaan saya di sini.


“Macam mana Puan boleh bertahan dengan pengetua yang sempit pemikirannya dan keras kepala tu? Naik hairan saya dibuatnya.” Puan Rahimah tersenyum, manis sekali. Namun, jawapan yang diberikan beliau lebih manis dan menusuk jauh ke dalam kalbu saya. Jawapan yang diberikan melenyapkan segala keraguan saya dengan sekelip mata.


Puan Rahimah menjawab, “Saya mendoakan dia setiap kali di dalam solat. Bukan senang untuk membenci orang yang kita doakan setiap hari.” :)

Begitulah sebuah kisah pendek yang menceritakan betapa doa itu dapat membantu kita bukan sahaja dari kemakbulan semata tetapi juga  membentuk minda dan sikap yang positif dalam menghadapi masalah seharian kita. 

Orang yang positif pasti dapat mengharungi dugaan dan ujian yang diberikan kepadanya dengan positif. Macam mana nak jadi positif? Salah satu caranya adalah dengan berdoa. Kedengaran mudah kan? Berdoalah dengan ikhlas, InshaAllah segala urusan kita pasti akan dipermudahkan oleh Nya.


Pengajaran kedua yang dapat diambil dari kisah pendek di atas adalah berdoa untuk orang yang kita benci . Benci kedengaran agak kasar, jadi kita ubah kepada orang yang kita tak berapa nak ngam, dalam bahasa mudahnya.

Biasalah, hidup dikelilingi manusia bukan mudah. Rambut sama hitam, hati lain-lain, bukan? Jadi, tak mustahillah wujudnya istilah ‘tak suka’ dalam kamus hidup kita terhadap seseorang. Mungkin perasaan itu hadir kerana sikap mereka, atau adab mereka, atau bermacam sebab lagi.
Abraham Lincoln pernah berkata :

“I don’t like that man. I must get to know him better”

Atau dalam bahasa Melayunya, “Aku tak suka dia, aku kena tahu lebih lagi tentang dia”

 Berbalik kepada cerita di atas, Puan Rahimah menerangkan bahawa dia sentiasa mendoakan Pengetua tersebut di dalam setiap doanya. Mungkin Pengetua tersebut tidak sepenuhnya berubah, tetapi Puan Rahimah sebaliknya yang berubah. Dia dapat melihat situasi yang dialaminya sebagai sesuatu yang positif. Dia mendekati dan mengetahui lebih tentang Pengetua tersebut.

Kadang-kadang, dalam hidup ini, kita tak dapat nak ubah manusia. Tetapi, kita dapat mengubah persepsi kita terhdadap manusia tersebut. Tak kira betapa buruknya perangai atau penampilan seseorang itu sehingga melahirkan perasaan ketidaksukaan kita terhadap dia, pasti ada sudut yang psoitif dalam diri seseorang itu. 
Tugas kita sekarang adalah menampilkan, menghargai dan menunjukkan sudut itu sekurang-kurangnya dari mata kita. Betul tak?

Fuhhh panjang lebar aku berceramah kali ni. Bukan apa, aku harap dengan sedikit pendekatan dan perkongsian akuini, korang semua dapat mengambil iktibar daripadanya. 

Tepuk tangan sikit bagi korang yang membaca entry aku ini sampai habis. Tahniah! :) :) :) Maaf atas segala kekurangan. Jadikan yang baik sebagai teladan, yang buruk sebagai pengajaran. Marilah sama-sama kita menjadi seorang manusia yang positif dan tidak mempersia-siakan kuasa Doa itu sendiri.

Salam Sayang.

Comments

Popular posts from this blog

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Review Filem : Train To Busan (2016)

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh