Hobi Murah

Assalamualaikum.

Sekarang pukul 3:38 pagi waktu tempatan, dan aku masih lagi sedang menaip. Bertemankan laptop usang ini *yang aku dah pakai sejak 2011* dan lampu meja yang tak pernah penat menyalakan cahayanya untuk aku *hakikatnya nanti hujung bulan mak bising bil melambung* Maaf emak, I love you.

Btw, pada pagi yang indah ini, aku nak share sedikit gambar-gambar suasana di sekeliling rumah aku yang diambil menggunakan handphone aku. Sebenarnya aku suka sangat ambil gambar, snap snap gituww tapi aku tak ada bakat menggunakan DSLR walaupun masa di UiTM Lendu dulu ada belajar sikit. Itu satu, lagi satu sebab adalah harganya yang sangat mahal *sekurangnya bagi aku la* jadi lebih baik aku tukar hobi lain, yang jimat sikit kosnya*nampak benau kedekutnya*






 Gambar-gambar ni semua dalam kawasan rumah aku. Jalan sikit, snap, jalan sikit, snap. Inilah dia hasilnya tadaaaa *setelah dibantu oleh encik VSCOCAM*. Secara jujurnya akuakui takdelah cantik mana pun gambar-gambar yang aku ambil ni, ini cuma salah satu cara untuk aku mengisi masa lapang tanpa mengeluarkan kos. Zaman GST ni kita kena pandai berjimat ye dok?
  
Ok lah, sampai di sini dulu membebel. Terima kasih kerana sudi baca. Semoga hari Ahad korang semua awesome belaka. Selamat malam. Eh,
Selamat pagi! :) 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Review Filem : Train To Busan (2016)

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh