Pengalaman Menginap Di Bustel Klebang



Assalamualaikum.

Korang pernah pergi Melaka tak? *eh tiba-tiba sangat lol*
Sebenarnya entry kali ini aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku menginap selama 2 hari di Bustel Klebang. Eh? Bustel itu apa? Bas kah? Hotel kah? Haaa mai sini aku cerita.


 Kalau dah sampai area Klebang, tak payah susah susah pakai waze, dari nun jauh sana kalau nampak bas berderet tu ha maknanya dah dekat benau la tu.


 Ini office reception dia, amboi office pun nak acah acah bas jugak kan. Di sinilah korang boleh check in, check out, mintak seterika, dan lain-lain lagi. Jangan risau, korang tak payah susah-susah jalan dari bustel korang untuk ke sini (walaupun jaraknya tak sampai pun 100 meter), korang boleh call terus dari telefon yang disediakan di bustel korang kalau ada apa-apa masalah. Oh ya jangan pulak mintak breakfast, lunch bagai ya di sini. Not available. Hihi.

 
Setelah check in, apa lagi masuk la ke dalam bilik korang. Angin di sini sangat kuat kadang-kadang. Nak bukak pintu pun payah. Sebelum masuk jangan lupa baca Bismillah. Dan selfie sikit *ok over*


Tudiaaa, masa tengah baring-baring atas katil aku ternampak amaran ni. Bagus betul diorang ni, saling ingat-mengingatkan. Oh ya, aku terlupa pulak nak tunjuk keluasan bilik. Aku dan Yasmin*my personal assistant a.k.a my kawan baik* memilih bilik bujang, dimana katil ada dua. Kalau korang nak bilik Queen boleh jugak. Bilik Queen ada satu katil besar, dan semestinya bersaiz Queen.



HARGA SEWA BUSTEL


Hari biasa (hari bekerja) = RM90 semalaman.
Hujung minggu dan cuti umum = RM130 semalaman.

Dalam bustel korang ada tandas tau, sangat bersih dan cantik. Lagi satu, kedai makan bersepah di sekeliling bustel, so kalau plan nak makan ke apa, tak payah pergi jauh-jauh. Bukan sahaja dekat dengan tempat tidur korang tetapi juga dekat dengan pantai. Bagi penggemar pantai macam aku ni, memang tak keruan jawabnya. Best sangat! Bangun pagi aku siap keluar bersenam lagi sambil menghirup udara segar di persisiran pantai. Memang sempoi!

Oh ya, kalau korang nak menginap di sini, pastikan korang dah booking siap-siap. Jangan nanti dah sampai baru nak check in. Menangis korang nanti.  Nanti bila dah booking, korang bayar deposit, lepas tu settle. Tinggal korang nak check in di sana ja.

Masa bercuti ni, aku tak plan nak share di blog, jadi tak banyak gambar yang dapat aku share dengan korang :( Tapi, korang jangan risau, jangan ragu-ragu. Terjah sahaja terus ke Facebook Bustel Klebang ni. Ok? KLIK SINI 

Comments

  1. Waaaahhhh . menariknya. Dan amaran tuuu sangat sempoi ! Usaha murni ! Bagus bagus, sbb pmilik berani tulis amaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul, jarang sangat jumpa hotel buat amaran macam tu.

      Delete
  2. Wahhhhhhh,seronoknyaaaaaaaaa! Teringinya nak pergi . Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi jangan tak pergi, Inshallah gerenti tak menyesal :)

      Delete
  3. Wahhhhhhh,seronoknyaaaaaaaaa! Teringinya nak pergi . Hee

    ReplyDelete
  4. Amaran tu! Haha! First time nampak amaran camtu. Bagus! Unik idea bustel ni! Boleh pergi juga nanti :)

    ReplyDelete
  5. Harga rm90 per kepala or bilik?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh