GIVEAWAY BUKU {PRE-LOVED} JUN 2016

http://kimchaa.blogspot.my/2016/06/giveaway-buku-pre-loved-jun-2016.html

Assalamualaikum.

Ini merupakan kali pertama aku menyertai giveaway yang memberikan buku sebagai hadiah kepada para pemenang. Tengok tajuk-tajuk buku cukup membuatkan aku tertarik untuk menyertai giveaway Sis Kim Chaa ini.

Ini andalah list buku-buku {pre-loved} tersebut :

  1. Opah Gangnam Style - Zulaihah Karim
  2. Whatever You Say I Am - Anwar Hadi
  3. Laki Aku Negro Kau Peduli Apa ? - Dr. Hayya Bilal
  4. Kembara Afghanistan - Siti Noridah Ab. Rahaman
  5. Dyspnea Kehidupan - Hadi Saharudin
  6. ESC - Budak Tomato
 Kalau boleh nak semua tapi itu namanya tamak kawan-kawan hihik. Jadi, setelah fikir punya fikir punya fikir punya fikir......aku paling tertarik dengan buku no 3, iaitu 'Kembara Afghanistan' oleh Siti Noridah Ab. Rahman.

Hal ini kerana aku sangat suka travel. Tapi, malangnya atas bebrapa sebab, niat aku untuk mengembara ke negeri orang masih tak dapat dicapai lagi. Jadi, aku selalu godek-godek travelog orang lain yang sangat beruntung dapat menjejakkan kaki di atas muka bumi Allah SWT yang belum pernah aku jejaki lagi. Selain travelog, terdapat juga beberapa buku yang aku dah baca seperti  'Kembara Sastera Nisah Haron' dan 'Travelog Tangisan dan Titisan Darah Di bawah langit Kashmir'. PEngalaman yang dikongsi mereka membakar semangat aku untuk merantau suatu hari nanti di samping membantu mereka yang memerlukan dengan cara yang saya mampu. 

Disebabkan itu, buku Kembara Afghanistan menjadi pilihan aku dalam banyak-banyak buku yang dianjurkan. Walau bagaimanapun, buku-buku yang lain pun tak kurang menariknya. Anwar Hadi merupakan salah satu penulis kegemaran aku, begitu juga Budak Tomato. Haih, pening kepala nak pilih *dapatnya belum tentu lagi haha* 

Terima kasih sis atas anjuran giveaway ini, moga Ramadhan kita diberkati. Amin Ya Rabb. Korang apa tunggu lagi, marilah sama-sama memeriahkan lagi giveaway ini. Klik sahaja banner di atas untuk maklumat lanjut :)

Comments

  1. salam singgah , semoga berjaya ,

    http://rezekiituluas.blogspot.my/2016/06/giveaway-buku-pre-loved-jun-2016.html
    http://cahayakehalusankelembutan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Terima kasih join :) nantikan eh nak umum pemenang ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh