The Zofiroh Journal

CATEGORY >


Assalamualaikum.

Filem Akeelah and the Bee merupakan salah satu faktor yang menaikkan semangat aku ketika di bangku persekolahan dulu untuk lebih tekun mempelajari Bahasa Inggeris. Jadi aku dengan excitednya menaip untuk review filem ini kepada korang.

Akeelah and The Bee bukan tentang seorang gadis dengan lebah ya kawan-kawan. Tetapi, filem ini sebenarnya berkisar tentang seorang gadis yang memasuki pertandingan Spelling Bee dan pengembaraan dia dalam mencari identiti dirinya sendiri. 

Walaupun aku dah bertahun-tahun tak tengok filem ni, tapi bila ditonton balik semalam, aku masih merasakan perasaan yang sama seperti mana aku menonton filem ini pertama kali suatu masa dahulu. Dan aku baru sedar ost filem ni best-best semuanya!

Melalui Akeelah and The Bee, di samping korang dapat belajar banyak perkataan baru sama ada perkataan english atau adaptasi dari latin dan greek, korang juga belajar banyak nilai murni yang diselitkan dalam setiap babak dalam filem ini. Daripada persahabatan, kasih sayang, kekeluargaan sehinggalah kepada semangat tidak mudah berputus asa. 100% recommended ! :)

Sampai sini dahulu review kali ini, tata.


Share on:

Assalamualaikum.

Siapa di sini peminat k-drama? Sila angkat kening please? Selalunya aku akan cerita review filem-filem Korea tetapi kali ini istimewa sikit memandangkan aku tengok banyak benor k-drama baru yang keluar. Sampai ramai yang mengeluh nak catch up semua tak boleh, semua best-best katanya.

Jadi, disebabkan itu, kali ini aku nak share sedikit beberapa drama korea yang boleh dikategorikan dalam the best k-drama of all time , dalam versi aku sudah tentu. Walaupun aku tak follow up drama dah sejak habis tengok Descendant Of The Sun *bila dah kerja memang susah nak follow drama macam selalu*

 Kalau boleh nak list semua yang aku suka tapi memakan masa berhari-hari gamaknya, jadi kita pendekkan list ini menjadi TOP 5 sahaja. Aku akan cerita sinopsis dan sebab kenapa, mengapa, bagaimana aku boleh jatuh cinta dengan drama-drama tersebut. Ok dah bersedia? Let's check it out.

5.
FULL HOUSE (2004)
Pelakon Utama : Rain & Song Hye Gyo
Genre : Komedi Romantik
Rating Viki : 9.3/10

- Drama ni dah 12 tahun berlalu tapi aku masih lagi enjoy menontonnya. Full House bukan sahaja meletop di Korea tetapi juga di seantero Asia termasuklah negara kita.
Malahan rumah watak utama drama ini yang terletak di Korea sudah dijadikan tempat pelancongan. Power tak power drama ni. Jalan cerita Full House sangat simple dan mudah difahami. Drama ini tak berat sesuai sangat la dengan genre nya. Watak utama lelaki seorang yang ego dan keras kepala tetapi di sudut dasar hati dia tersimpan sebuah kisah duka yang menutup kebaikan dari dalam dirinya manakala watak utama perempuan merupakan seorang yang bubbly, ceria dan positif dalam setiap situasi yang dihadapi.

Pendek kata, diorang berdua ni macam api dengan air. Tetapi itulah yang menyebabkan diorang tertarik antara satu sama lain dan saling melengkapi hidup masing-masing. Sweet macam gula-gula drama ni. Kalau korang dah pernah tengok DOTS tapi belum tengok drama ni, better pergi tengok sekarang. Terserlah seorang Song Hye Gyo waktu dia muda-muda dulu.

4.
The Moon That Embraces The Sun (2012)
Pelakon Utama : Kim Soo hyun & Han Gain
Genre : Historical Drama
Rating Viki : 9.6/10 

- Inilah satu-satunya drama history yang berada di dalam top 5 list aku. Percaya atau tak, aku memang tak expect anything dari drama ni, ingat lepas 1 atau 2 episod aku akan give up but HELL NO. Aku ternanti nanti episod baru setiap minggu! Penuh dengan suspen dan kejutan! Well mungkin drama ini agak berat dan berbelit jalan ceritanya tetapi berbaloi. Jalan ceritanya sangat fresh dan unik gabungan antara realiti dan fantasi di zaman pemerintahan dahulu kala di Korea. 

Dan lagi satu, sediakan tisu banyak-banyak sebelum tengok drama ni, sebab apa? Kalau yang dah tengok faham la maksud aku ni. Sepanjang aku tengok drama ni, hati aku masih lagi berbelah bagi sama ada nak sokong watak utama atau watak kedua, sebab dua-dua amazing. Tetapi jangan risau bagi yang tak sukakan drama serius sebab ada juga terselit unsur-unsur komedi di setiap episod. Kejap kau nangis, kejap kau gelak, memang berbaloi lah follow drama ni dari awal sampai habis. 

Watak utama lelaki dalam drama ini adalah seorang Raja yang merindui kekasih pertamanya sejak kecil yang sudah pergi buat selama-lamanya. Dan watak utama perempuan merupakan seorang bomoh yang hilang ingatan  dan kuat fizikal mentalnya dalam menghadapi hari-hari seterusnya selepas dianiaya oleh orang jahat. Drama ni mungkin tak se-sweet drama-drama Korea lain tetapi korang boleh nampak dengan jelas apa itu maksudnya Cinta sejati. Gituw.

3. 
Oh My Venus (2015)
Pelakon Utama : So Ji Sub & Shin Min Ah.
Genre : Komedi Romantik
Rating Viki : 9.7/10

- Demam drama ni baru sahaja berlalu, rasanya korang pun pernah dengar atau tengok kan drama ni? Hihi. Episod pertama dan kedua agak boring bagi aku tetapi masuk sahaja episod seterusnya BOOM drama ni dah nampak kelainannya yang membuatkan aku tak tinggal walau satu episode pun. Setia tau tunggu setia minggu. Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan huhu. 

Anyway. Drama ini berkisar tentang hubungan cinta yang membawa kepada perubahan bukan sahaja dalaman tetapi juga luaran bagi kedua-dua pasangan tersebut. Memang comel gilaks drama ni. Ditambah dengan watak-watak sampingan yang sama comels memang bertambah-tambah comels la drama ni. 

Watak lelaki utama dalam drama ni sememangnya protective dan kuat tetapi menyimpan kesakitan yang dialaminya daripada umum. Dan watak utama perempuan dalam drama ni seorang yang gemuk tetapi mempunyai hati yang sangat besar. Korang boleh tengok perubahan kedua-dua watak tersebut hari demi hari setelah mereka jatuh cinta. 100% best!

2. 
What Happens To My Family (2014)
Pelakon Utama : Ramai sangat.
Genre : Komedi Keluarga
Rating Viki : 9.6/10

- Drama paling panjang pernah aku tengok, ada 53 episode kesemuanya fuhh. Aku tak list nama pelakon utama drama ni sebab ramai sangat, al-maklumlah drama panjang katakan. 

What Happen To My Family mengisarkan kehidupan seorang ayah tunggal dalam membesarkan tiga orang anaknya dan menjadikan mereka 'manusia'. Dalam perjalanan itu, keluarga ini menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran yang menjadikan mereka lebih menghargai keluarga mereka. Aku memang sangat tertarik denga drama/filem yang meneraskan kekeluargaan, jadi drama ini memang memenuhi kehendak aku dari episode pertama sehinggalah episode akhir. 

Walaupun drama ni lebih kepada komedi, tetapi terdapat beberapa scene yang buatkan hati korang koyak sekoyaknya, jadi better sediakan tisu siap-siap sebelum menononton. Banyak nilai murni diselitkan dalam drama ini yang boleh diambil jadi pedoman. Tak banyak adegan roamantik dalam drama ni, jadi sesuai sangatla kalau korang tonton drama ni dengan ahli keluarga korang, konpem diorang suka!

1. 
Reply 1988 (2015)
Pelakon Utama : Ryu Junyeol & Hyeri 
Genre : Komedi Keluarga
Rating Viki : 9.4/10

- Drama ini mungkin tak banyak beza denga What Happen To My Family tetapi apa yang menyebabkan drama ini stands out berbanding yang lain adalah drama ini berlangsung pada tahun 1980 an dan 1990 an. Setting dalam drama ni memang superb dan cantik. Malahan korang bukan setakat akan jatuh cinta dengan pelakon utamanya tetapi juga pelakon sampingannya. 

Drama ini lebih kepada persahabatan dan kekeluargaan dan turut diselitkan sedikit sebanyak unsur percintaan. Boleh dikatan ketiga-tiga unsur tersebut diadun baik dalam drama Reply 1988 berbanding drama-drama lain. Setiap watak dalam Reply 1988 unik dan lain daripada lain. Korang jadi excited nak follow up kisah setiap keluarga di dalam drama ni. Percayalah cakap aku. 

Sayangnya drama ni menerima banyak kritikan selepas episode 18 kerana ending yang macam bluek sampai aku pun sakit hati. Tetapi, setiap episode berbaloi untuk ditonton *kecuali episode 18 ke atas huhu* sebab korang akan dapat banyak pengajaran dan nilai murni yang boleh dipraktikkan di kehidupan korang sendiri. Boleh dikatakan setiap episode korang akan ketawa dan menangis serentak sebab korang rasa related sangat dengan watak-watak dalam drama ini. Aku rekomenkan 100%.

TudiAAAA. Dah macam essay 2000 patah perkataan tuh. Kepada yang baca dari awal sampai habis memang hebatla korang, TERBAIK. 
Apapun, inilah dia 5 k-drama yang paling melekat di dalam minda dan hati aku. Kalau nak disebutkan yang lain banyak lagi seperti Descendant Of The Sun, Master Sun, Sassy Girl, Good Doctor, dan macam-macam lagi. Ada tak di antara drama-drama di atas yang turut menjadi kegemaran korang? Dan share la top 5 k-drama yang menjadi kegilaan korang dengan aku. Maaf ya jika ada banyak typo yang korang perasan dalam entry aku ni. Hihi
Ok lah sampai di sini dahulu, annyeong. 
Share on:
  • ← Previous post
  • Next Post →
  • "After all, you've got to start somewhere, even if you make mistakes along the way"
  • Excuse my 'rojak' language, I write nonsense a lot and I love people a lot
140x140

TheZofiroh

Founder of the website

Instagram

Followers

History

  • ▼  2018 (3)
    • ▼  January (3)
      • Film Review: Battle of the Sexes (2017)
      • 10 things I can do now to have a better life
      • Film Review: The Boy in the Striped Pajamas (2008)
  • ►  2017 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  October (6)
    • ►  August (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (9)
    • ►  July (5)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)

Message?

Shoutbox: Free shoutbox for website or blog
Shoutbox Tutorials: How to get a shoutbox
Guestbook: Get a free guestbook for your website
YouTuber Jessica Clements: Ngai Chun Cheung about his crush on Jessica Clements
Model Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is reasoning Jessica Clements
Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is dissecting his obsession with Jessica Clements
Thousand Origami Cranes: Leaving a trail of thousand origami cranes by Ngai Chun Cheung
Hong Kong Origami: Origami Cranes in Hong Kong by Ngai Chun Cheung
Ngai Chun Cheung

This blog is to provide you with daily outfit ideas and share my personal style. This is a super clean and elegant WordPress theme for every bloggers. Theme is perfect for sharing all sorts of media online. Photos, videos, quotes, links... etc.

The Zofiroh Journal

  • Home
Powered by Blogger.
Created By SoraTemplates | Distributed By MyBloggerThemes