The Zofiroh Journal

CATEGORY >


Assalamualaikum.

Semalam aku dan kawan-kawan telah pergi (akhirnya...) melihat sendiri satu-satunya pantai yang terdapat di Batu Pahat. Hanya lebih kurang 20 minit dari bandar, Pantai Minyak Beku memang padat dengan manusia mungkin disebabkan faktor hari Ahad. Walaupun agak tersorok, pantai Minyak Beku sememangnya sesuai untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. 


Bukan setakat pantai sahaja yang menarik perhatian di sini. tetapi terdapat juga kedai-kedai kecil yang menyediakan pelbagai juadah sama ada yang ringan atau berat untuk pengunjung. Selain itu, apa yang istimewanya di sini adalah kewujudan Perigi Batu Pahat yang terkenal dengan kisahnya yang tersendiri. Dengar cerita, perigi ini tak pernah kering. Wow.


Setelah bersantai dan makan bakso di Minyak Beku, kami berangkat pula ke Segenting Love Bridge yang terletak hanya 10 minit dari Minyak Beku. Segenting pun tak kalah dengan pemandangannya yang menusuk kalbu. Memang berbaloi redah anjing-anjing (kawasan Segenting ini majoriti orang cina) dan berjalan agak jauh dari tempat parking (btw parking di sini RM2 huhu) Terdapat resort untuk tidur dan tempat photoshoot replika love, ikan bear-besar dan macam-macam lagi. Malas nak upload banyak-banyak --'


Gigih tau kami berjalan sampai ke hujung jeti. Yang lain semua tak berani haha. Duduk situ sambil menikmati keindahan ciptaan Allah ST bertemankan sayup-sayup angin laut. Seronok sangat. Bila makin ramai pelancong datang untuk photoshoot bagai, kami pun gerak balik. Memang best! InshaAllah nak datang lagi ke sini dengan keluarga pulak nanti. Siapa yang duduk Batu Pahat tapi tak datang sini memang rugi.

Sampai di sini dahulu, tata.


Share on:



Assalamualaikum

Setelah sekian lama menyepi, akhirnya I AM BACK. hihi. Harap semuanya dalam keadaan- baik-baik sahaja. 

Sebagai seorang peminat filem, di sini aku nak ceritakan TOP 3 genre filem yang selalunya menjadi pilihan aku setiap kali memilih filem untuk ditonton sama ada di panggung wayang ataupun di rumah. Selain faktor pelakon dan review, genre boleh dikatakan faktor ketiga yang aku consider paling penting sebelum membuat keputusan, Selepas itu baru lah sinopsis dan trailer. Terdapat banyak sebenarnya genre yang ada untuk kategori filem ni tapi aku senaraikan tiga sahaja yang men jadi ultimate kegemaran aku. Ok lah, kita mulakan dahulu dengan nombor 1.

1. Drama
- Drama yang dimaksudkan dalam kategori filem adalah karya yang semestinya bukan fiksyen dan mengandungi kuantiti humour yang sedang-sedang sahaja. Drama selalunya mengisahkan kisah hidup persona yang menghadapi situasi tertentu di dalam hidupnya sama ada secara emotional atau sebaliknya.  Dulu tak minat pun tetapi sejak melangkah ke 20-an aku semakin sukakan genre filem sebegini. Sesetengah orang rasa bosan, sebab tu selalunya aku tonton sorang ja bila tengok filem bergenre drama ni, boleh fokus 100% dan hayati setiap babak dengan baik. Antara sebab lain aku sukakan filem drama selain nilai murni dan pengajaran adalah setiap kali aku menonton filem yang sama, setiap kali itu juga lah aku akan discover sesuatu yang baru . Memang menakjubkan. 
Filem genre drama kegemaran aku adalah :


2. Romantik
- Walaupun di dunia realiti aku bukanlah seorang wanita yang romantik tetapi aku sangat suka menonton filem bergenre romantik. Asalkan skrip dan cinematography cun. Kalau terlalu cliche dan ntah hapa-hapa, kirim salam la jawabnya. Rasanya tak perlu aku ulas panjang-panjang tentang genre filem romantik ini kan? Semua pro dah kot hihi. Tak kisah sama ada romantik komedi atau romantik bukan komedi, aku masih boleh serap kedua-keduanya. Genre ini juga baru masuk dalam list aku sebenarnya sejak masuk 20-an ni, Kalau dulu memang idok ler nak minat filem romantik. Sekarang lain la, dah pandai bermain dengan perasaan, dah pandai menghayati rasa cinta dan kasih sayang, filem-filem sebegini banyak membuka mata dan hati aku.
Filem genre romantik kegemaran aku adalah :

3. Animasi
-Siapa kata dah berumur 22 tahun tak boleh enjoy menonton filem bergenre animasi hah. They are wrong. Aku sampai sekarang masih lagi menjadikan filem animasi antara genre filem kegemaran aku all the time. Kadang-kala filem animasi dapat menyampaikan emosi dan nilai murni dengan cara yang tak dapat manusia sampaikan. Filem animasi mempunya magik mereka yang tersendiri untuk menarik perhatian penonton, seperti aku. 
Filem genre animasi kegemaran aku adalah :

Selain dari yang tiga di atas ni, aku juga sangat meminati filem bergenre dokumentari dan black comedy. Tetapi yang itu nanti-natilah aku kupaskan di isu seterusnya ewahh. Bagi genre yang aku tak senaraikan bukan bermakna aku tak suka, tetapi kureng minat sahaja. Kalau aku gigih juga pergi pawagam untuk menonton filem-filem yang luar dari kegemaran aku ini bermakna ada sesuatu faktor istimewa yang ada dalam filem tersebut menarik perhatian aku untuk keluar dari landasan yang biasa aku pilih.

Sampai di sini dahulu entry kali ini. Jumpa lagi di lain entry. InshaAllah.
Tata~

Share on:
  • ← Previous post
  • Next Post →
  • "After all, you've got to start somewhere, even if you make mistakes along the way"
  • Excuse my 'rojak' language, I write nonsense a lot and I love people a lot
140x140

TheZofiroh

Founder of the website

Instagram

Followers

History

  • ▼  2018 (3)
    • ▼  January (3)
      • Film Review: Battle of the Sexes (2017)
      • 10 things I can do now to have a better life
      • Film Review: The Boy in the Striped Pajamas (2008)
  • ►  2017 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  October (6)
    • ►  August (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (9)
    • ►  July (5)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)

Message?

Shoutbox: Free shoutbox for website or blog
Shoutbox Tutorials: How to get a shoutbox
Guestbook: Get a free guestbook for your website
YouTuber Jessica Clements: Ngai Chun Cheung about his crush on Jessica Clements
Model Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is reasoning Jessica Clements
Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is dissecting his obsession with Jessica Clements
Thousand Origami Cranes: Leaving a trail of thousand origami cranes by Ngai Chun Cheung
Hong Kong Origami: Origami Cranes in Hong Kong by Ngai Chun Cheung
Ngai Chun Cheung

This blog is to provide you with daily outfit ideas and share my personal style. This is a super clean and elegant WordPress theme for every bloggers. Theme is perfect for sharing all sorts of media online. Photos, videos, quotes, links... etc.

The Zofiroh Journal

  • Home
Powered by Blogger.
Created By SoraTemplates | Distributed By MyBloggerThemes