Assalamualaikum.
Semalam aku dan adik-adik telah pergi ke karnival buku Big Bad Wolf yang bertempat di The Mines, Seri Kembangan, Selangor. Tak silap aku dah 7 tahun berturut-turut kanival ini diadakan di Malaysia tapi ini baru pertama kali aku berpeluang menjejakkan kaki di Big Bad Wolf. Sadis kan. Tapi takpe, better late than never.
Gerak dari Batu Pahat pada pukul 7 pagi dengan menaiki bas, sampai di TBS lebih kurang pukul 10 pagi dan tunggu pulak seorang lagi book hunter (my adik yang study di UIA nak join sekali katanya). Sementara tunggu melahap dulu dengan bekal nasi, roti dan sushi dari rumah hihi. Lepas adik aku sampai di TBS, kami pun menaiki Grabcar yang sememangnya lebih murah dan efektif berbanding teksi! Dalam 15-20 minit kami pun sampai juga di The Mines. Dari jauh dah nampak berkibar banner Big Bad Wolf!
Walaupun karnival ini diadakan dalam The Mines, tetapi bukan di tingkat tempat orang ramai shopping tu tau. Lebih spesifik boleh dikatakan Big Bad Wolf diadakan di The Mines,Tingkat 4, Malaysia International Exhibition And Convention Center (MIECC). Masuk ja dalam dewan tu, MAK AIH RAMAINYA MANUSIAAAA tetapi LEBIH BANYAK BUKU WOIII RAMBANGNYA MATAAAAA
Ambil masa dalam 3 jam jugak la nak explore satu karnival ni huhu. Nasib baik disediakan troli dan bakul untuk memudahkan lagi ulat buku mencari buku-buku kegemaran mereka. Paling best bila tengok harga semua murah-murah Subhanallah rasa nak cekau semua buku yang best tu bawak balik rumah.
Diingatkan kalau korang nak datang sini, better daftar dahulu sebagai ahli di laman web Big Bad Wolf tau. Dapat diskaun RM5 untuk setiap pembelian RM100 ke atas. Contohnya korang belanja RM450 di sini. Jadi RM5 x 4 (sebab RM400) = RM20. Jadi, pembelian korang akan ditolak RM450-RM20 = RM430 sahaja. Tambahan lagi, dapat hadiah penanda buku Big Bad Wolf untuk ahli sahaja. Jadi jangan lupa daftar okeh!
Bagi peminat novel-novel melayu atau buku fixi atau yang seumpamanya, dukacita dimaklumkan pilihan adalah terhad, rasanya hanya 25% buku di sini adalah buku Bahasa Melayu, kebanyakannya adalah buku-buku karya penulis luar negara. Buku kanak-kanak pun banyak gila. Nasib baik tak bawa Awang dan Ali. Nanti depa tu semua nak beli haha. Cenderamata seperti t-shirt, magnet peti sejuk, button badge, poster dan bermacam lagi pun ada. Memang saja tau nak kempiskan poket kite huhu.
Sukacita juga diingatkan, jangan rasa membazir habiskan buku untuk ilmu. Sebab apa? Sebab ilmu itulah yang membentuk minda dan peribadi kita serta meluaskan lagi perspektif kita. Oh ya, korang nak tengok buku apa yang aku beli? Jeng jeng jeng.
|
|
|
|
|
|
v
Nak kena beli rak buku baru nampaknya hmm. |
Bagi yang belum pergi tapi nak pergi, jangan risau. Big Bad Wolf berlangsung selama 10 hari bermula 9 Disember ini sehingga 19 Disember 2016. Pukul berapa mula dan habis? Haa meh ceq nak habaq kat hangpa. Big Bad Wolf tak ada waktu mula dan habis sebab depa beroperasi selama 24 jam setiap hari sehinggalah pada hari akhir ditutup pada pukul 9 malam. Jadi apa tunggu lagi ulat buku semua. Cepat grab your money and hunt your book now !
Woww!!! Best ny ada karnival mcm ni plus ada diskaun lg bg member, confirm ju borong buku!
ReplyDelete24 jam? Mak aih. Terbaik. Nak.. Nak pergi. Nasib baik kat Seri Kembangan je. Kalau nak merempit ke sana tu in sya Allah boleh lg.. Habislah duit simpanan. Hahaa
ReplyDeleteKalau hantu buku pergi sini.. Memang rambang mata.
wow ! banyaknya shopping... selamat membaca..
ReplyDeleteI jealous.. Doakan kita dapat pergi juga ye.. Ini adalah tempat paling best untuk kaki buku.. Huhuhu..
ReplyDelete