Cara Anda Memandu Menggambarkan Personaliti Anda


Assalamualaikum.
Percaya tak kalau aku cakap bahawa cara korang memandu, memegang stereng sebenarnya sedikit sebanyak memberi cerminan tentang diri korang. Berdasarkan satu artikel yang aku dapat di sebuah laman web (kredit di bawah artikel), korang pasti perasan beberapa persamaan dengan diri korang. 

Oleh itu, di sini aku akan huraikan satu persatu cara-cara memandu tersebut. Untuk nampak lebih polite aku menggunakan kata ganti diri nama 'korang' kepada 'anda. Ok? Jadi, jom check-it-out!

Anda adalah seorang ‘perfectionist’
Di sekolah memandu, anda telah diajar untuk memastikan tangan di stereng berada di arah jam 10 dan 2. Oleh itu anda praktikkan cara tersebut sampai kini. Anda suka lakukan sesuatu dengan cara yang betul, yang tepat. Anda mempunyai daya pemerhatian yang tinggi dan seorang yang memastikan dirinya sentiasa mengikut peraturan. Disebabkan sifat kesempurnaan anda ini, anda telah peroleh banyak kejayaan di dalam hidup. Di dalam bidang kerja, cinta fesyen, dan persahabatan, ramai orang menjadikan anda sebagai inspirasi mereka.

Anda adalah seorang ‘cool kid’
Anda tidak mengambil kehidupan terlalu serius dan anda menghadapi sesuatu situasi dengan pendekatan yang lebih santai dan tenang. Walaupun dalam masa yang sukar, anda suka menonjolkan keyakinan dan sikap acuh tak acuh. Setiap hari anda menjalani kehidupan anda seperti hari cuti. Oleh itu, rakan-rakan dan keluarga sentiasa mencari anda sekiranya mereka ingin berseronok dan bersantai.

Anda adalah seorang ‘minimalist’
 Anda menjalani kehidupan se’simple’ yang mungkin. Anda tak suka mengambil risiko dan andalebih suka berkawan dengan orang yang jujur dan ‘straight-forward’. Daripada mengumpul tan kawan0kawan, anda memilih untuk tetap bersama engan beberapa orang sahaja. Dalam bab memilih pakaian, anda memakai warna hitam hampir setiap hari kerana anda seorang yang simple dan tidak begitu menitik beratkan perkara yang remeh temeh. Hanya kerana anada menjalani kehidupan anda dengan cara yang ‘simple’ tidak bermakna anda adalah seorang yang membosankan.  Ramai yang mengagumi cara anda menjalani kehidupan anda yang menekankan ‘drama-free’ dan bebas.


Anda adalah seorang ‘adventurer’
Anda sentiasa mengambil risiko di dalam kehidupan anda. Bukan sahaja anda tidak suka duduk diam, anda juga percaya bahawa setiap saat adalah sangat berharga dan patut diisi dengan melakukan perkara yang anda suka. Kalaupun anda tidak berpeluang, anda masih sangat menggemari aktiviti yang mendebarkan seperti bungee jumping dan terjun udara. Di dalam bab percintaan, anda tidak takut untuk meletakkan diri anda di luar sana. Disebabkan itu, ramai orang respek anda yang berani mengambil cabaran di dalam hidup.


 
Anda adalah seorang ‘boss’
Anda memiliki sift semulajadi sebagai seorang ketua. Anda memainkan peranan dalam mengambil alih keadaan dengan cara yang jelas dan tegas. Orang lain merujuk kepada anda untuk mendapatkan panduan nasihat. Mereka mempercayai anda, sebahagian besarnya yakin dengan kebolehan anda. Di tempat kerja, anda sering menerima pujian untuk kemahiran kepimpinan anda. Di dalam cinta, anda mungkin menerima sedikit kesukaran untuk mencari orang yang betul memahami anda tetapi jika anda berjumpa dengan orang yang tepat, penantian anda sangatlah berbaloi!

Anda adalah seorang ‘supporter’
Orang ramai sukakan anda. Anda bagaikan seorang cheerleader kepada keluarga dan rakan-rakan. Apabila mereka memperolehi kejayaan dan kebahagiaan, andalah orang yang paling gembira. Anda juga adalah seorang pendengar yang hebat menjadikan anda sebagai sasaran utama untuk rakan-rakan yang sedang mencari nasihat. Walaupun anda mungkin tidak sentiasa ke depan di dalam kehidupan, anda berpuas hati dan duduk untuk membiarkan orang lain mendahului. Anda lebih suka menghabiskan masa anda menikmati kehidupan dengan pandangan yang mesra dan positif.

Anda adalah seorang ‘peacekeeper’
Anda tidak suka ditarik ke dalam hujah atau konflik yang cenderung membuatkan anda tidak selesa. Jika anda pernah menaikkan suara anda, orang tersayang pasti akan menjadi amat terkejut dan akan tahu anda sangat serius ketika itu. Anda sering meminjamkan pengalaman dan penmerhatian sekaligus meleraikan pertelingkahan dan mnyelesaikan masalah dengan pantas dan berjaya.

Anda adalah seorang ‘class clown’
Fungsi otak anda berbeza dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Anda sentiasa mencari unsur jenaka di ddalam setiap keadaan. Anda sangat kelakar dan anda memilih untuk menjalani kehidupan anda dengan cara yang kelihatan pelik di mata orang lain. Ramai orang suka berdamping dengan anda. Selain itu, anda mempunyai daya seni yang tinggi.

Anda adalah seorang ‘nervous nellie’
-          Anda sering bertempur dengan anxiety. Anda suka double atau triple check kerja anda hanya kerana anda berasa tidak tenang dan risau. Anda juga sering menjauhkan diri daripada aktiviti berisiko tinggi dan melakukan aktiviti yang anda sudah mahiri sahaja. Kluarga dan kawan-kawan sering menyarankan anda untuk leebih bergaul dan keluar dari tempurung anda. Walaupun anda tidak sentiasa meletakkan diri anda di luar sana, orang-orang yang rapat dengan anda tahu betapa hebatnya diri anda.

Anda adalah seorang 'bulldozer'
Anda seorang yang sangat sibuk dan tidak ada masa untuk menghadapi pekara remeh temh yang menghalang laluan anda. Anda sentiasa ingin menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat daripada bertangguh. Ramai orang mengagumi semangat dan usaha anda dalam menghadapi apa jua situasi. Anda juga seorang yang mempunyai gol yang tetap dalam mencari arah tuju hidup sekaligus membawa anda dalam kedudukan yang lebih baik untuk pergi lebih jauh.

Haa korang punya style yang mana satu? Kalau aku ada lebih kurang tiga style yang memang masuk sangat dengan personaliti aku. Kalau korang punya style satu pun tak ada kat sini, maaf ya. Sama ada penulis yang terlepas pandang atau korang yang drive pelik hihi.

Sampai di sini dahulu, jumpa lagi nanti, tata.


8 comments
  1. Nice sharing sis... =) akak ada 6 personaliti kat situ... =)

    ReplyDelete
  2. TQ sharing :)

    btw. nk ajak awk join GA sy.. jom :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/01/give-away-by-astraveler-6-jan-2017-6.html

    ReplyDelete
  3. wahhh.. pegang stereng pun ada personaliti :D nice sharing..

    jemput join contest ye :)
    http://www.syahirahvaliant.com/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
  4. haha...bagusnya info nih, tergelak besar saya, saya tak pasti saya yang mana hehe

    ReplyDelete
  5. Minimalist! Hehehe and I'm proud of it heheh.

    ReplyDelete
  6. saye lebih pada minimalist n cool kid. haha. yang selalu berpakaian hitam tu pun betul sangat tu

    ReplyDelete
  7. datang follow sini http://shafyqahazahar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Classclown dgn Buldozer tu tak pernah buat.. Tapi yang lain memang selalu.. Kikiki.. Tengok mood masa memandu..

    ReplyDelete