Assalamualaikum,
Setelah sekian lama tak tengok filem tempatan di pawagam, hari ini aku 'memberanikan' diri untuk melabur wang dan masa aku untuk filem terbaru arahan Khabir Bhatia ini, iaitu Bisik Pada Langit lakonan Jalil Hamid, Umi Nazeera, Beto Kusyairy dan ramai lagi pelakon berbakat.
Dengan mengelakkan diri dari menonton trailer dan membaca komen-komen berkaitan filem ini, aku memasuki pawagam denga zero knowledge dan zero anticipation. Jadi ini adalah review ikhlas aku tentang filem yang sedang hangat orang sebut sana sini.
Aku tak expect langsung yang filem ini bertemakan anak dan ayah, aku ingatkan filem ini tentang cinta, kasih antara kekasih dan yang sama waktu denganya, mungkin sebab aku tak familiar dengan filem arahan beliau. Overall filem ini dipenuhi banyak nilai murni dan pengajaran dari awal hingga habis. Kalau tak nampak jugak taktau la nak cakap lagu mana lagi.
Antara aspek yang aku salute tentang filem ini adalah lakonan mantap daripada para pelakonnya, walaupun aku jujur rasa Umi Nazeera agak slacking tapi masih boleh diterima dan dihadam lagi, yang lain so far memang aku tengok, almost perfect. Lagi satu, aku suka dialog yang digunakan dalam Bisik Pada Langit, simple tetapi padat dan masih disulami dengan unsur kemelayuan kita.
Apa yang aku tak puas hati, adalah...tak banyak pun, cuma unsur pemaksaan emosi dalam filem ini sangat kuat sampaikan aku rasa meluat sikit. Pernah tengok filem bollywood kan? Banyak part dalam filem ini yang menggunakan background song yang melarut dan keterlaluan untuk menarik emosi penonton. Bagi aku, itu adalah cheap play. Tapi, mungkin ada yang suka kan. Lagi satu, aku rasa cinematography Bisik Pada Langit masih tak setaraf lagi dengan filem-filem negara jiran, bahkan ada ja filem tempatan yang berjaya membarisi tempat setaraf mereka, sayangnya bukan filem ini.
Apapun, aku salute dengan Khabir Bhatia kerana menghasilkan filem yang bagi aku, cukup menarik untuk ditonton bersama keluarga. Segala kekurangan aku rasa masih boleh diperbaiki lagi di masa akan datang dan aku tak menyesal pergi tengok filem ini di pawagam. Basah jugak la tudung nangis tadi, tisu lupa bawak huhu. Aku ni memang mudah menangis orangnya. Acah ja lebih.
Jadi, korang yang belum tengok lagi Bisik Pada Langit, pergi tengok na. Kalau boleh bawa la mak ayah korang tengok sekali, kompem banjir nanti. Haha. Mari sokong filem tempatan. Aku janji korang takkan kecewa tengok filem ini :)
Assalamualaikum
ReplyDelete