Assalamualaikum.
Zaman sekarang ni tak ramai kan yang dengar radio? Dan aku masih lagi termasuk dalam golongan yang tak ramai tu. Sampai sekarang aku masih lagi enjoy mendengar radio, walaupun tak kerap macam zaman sekolah menengah dulu. Kadang-kadang tu bukan kita taknak dengar tapi jadi meluat dengar.
Dengan celoteh DJ nya yang ntah hapa-hapa, asyik lari tajuk, main lagu sama memanjang*kau tak bayar jangan harapla lagu kau akan dimainkan punya style* buat lawak tak lawak tapi gelak macam pontianak dan lagi satu yang paling berdesing telinga aku tiap kali bukak radio.....PRANK CALL.
Di laman sosial baru-baru ini hangat dengan pengakuan para pendengar yang meluahkan rasa kurang senang mereka dengan beberapa stesen radio tempatan yang kerap melakukan prank call ke atas orang lain yang dikatakan agak keterlaluan.
Hal rumah tangga boleh dibuat prank ka?Konpius sungguh aku.
Ini baru satu contoh. Sebenarnya banyak lagi yang aku dah dengar sendiri. Kebanyakannya memang tak kelakar, lebih kepada annoying ada la. Hal saham, hal persahabatan dan macam-macam lagi topik yang sememangnya tak sesuai dibuat prank macam ni, diorang buat. Apa ntah faedah dapat taktahu la.
Kalau iya pun nak tiru cara Barat yang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis prank untuk menghiburkan penonton atau pendengar, biarlah bersederhana. Atau lebih baik tak payah buat langsung. Nak ikut biarlah ikut benda baik, bukan benda buruk.
Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan
Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur
bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,
“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.” [1]
Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”
Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri.

Kata Imam
Ghazali,
“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela, sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [2]

Harap stesen-stesen radio yang masih menggunakan prank call sebagai cara menarik pendengar, baca dan hayatilah. Ingat, berlawak, bergurau ada caranya, ada adabnya. Marilah kita sama-sama berubah untuk perubahan yang lebih baik bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga manusia sejagat.
Salam Sayang.
Betul lah, kadang kadang melampau juga :')
ReplyDeletekan..gurau tak kena tempat.
DeleteMemang melampau pun skrg nie.. Prank call konon.. Dah sampai nak bergadyh kot suami isteri tu... Akak memang x dengar Era.fm.. menyampah dan meluat..
ReplyDeleteYa Allah, sama la kak....sakit telinga dengar kadang2, patutnya dengar radio boleh bagi rileks ini sebalinya pulak.
Deletemmg pun kdg2 kita yg mendengar prank call ni pun rasa mcm geram.. kdg2 xmenjaga sensitiviti
ReplyDeleteentahlah heran jugak bila kebanyakan radio tempatan termasuk saluran english mesti nak buat jugak prank call ni. macam dah jadi trend. apa yang best tah pun tataw. takda kreativiti sendiri langsung. n yg xbagusnya bila cara mereka sampai memudaratkan org yg xbersalah
ReplyDeletethat's why saya tak suka with some radio stations..
ReplyDeletetbh, funny ke tak, as long as ianya boleh menyakitkan hati seseorang, it shouldn't be done..