Tahap Ikhlas






 Assalamualaikum.

Pernah tak korang dengar kisah tentang Tahap Keikhlasan? Aku pun sebenarnya baru sahaja mendengar kisah ini dari rancangan Al-Kulliyah, TV3. Lepas tu aku pun terus melakukan research sedikit di internet untuk mengetahui dengan lebih detail. Belek punya belek, terjumpa satu entry yang menjelaskan tentang ini dengan lebih detail lagi.

Cuba ikuti perbualan di bawah ini :


Ali : Ustaz Don cakap, menurut Imam Ghazali, ikhlas itu ada tiga iaitu tahap seorang hamba, tahap seorang pedagang dan tahap seorang kekasih. Kalau tahap seorang hamba ini, apabila kita buat sesuatu, itu kerana kita takut tuan kita marah.

Awang : Ooo, jadi selama ini aku sembahyang sebab takut kena seksa dekat akhirat nanti, kira ikhlaslah ya?

Ali : Yup betullah tu. Kau ada tanya tadi, kalau kita buat ibadah sebab nak dapat pahala, itu termasuk dalam tahap yang kedua, tahap seorang pedagang. Kita buat sesuatu untuk mendapatkan ganjaran. Jadi, tak ada masalahlah kalau kau solat sebab nak dapat pahala. Itu pun dah dikira ikhlas.

Awang : Ooo...Tahap ketiga pulak?

Ali : Kalau tahap ketiga, tahap ikhlas yang paling tinggi, sebab kita buat atas dasar sebagai seorang kekasih. Kita buat ibadah sebab kita cinta akan Allah, sebab kita sayang hubungan kita dengan Allah.

Awang : Ok. Aku dah faham. Hebatnya kau, rilek saja cerita tentang benda-benda camni.

Ali : Taklah, aku pun kebetulan hari itu aku tengok TV al-Hijrah saja. Kalau tak, jangan haraplah boleh jawab. Dah. Dah. Pergi buat homework kau tu, esok kalau kena marah sebab tak siap jangan nak mengadu dekat aku.

Awang : Baik bos. (sengih)

"Tinggalkan amal kerana manusia adalah riya',
buat amal kerana manusia adalah syirik,
tinggalkan kedua-duanya adalah ikhlas." (Fudhail bin Iyadh)


Haaaa. Sekarang dah faham? Agaknya kita berada di tahap yang mana ya? Tepuk hati, tanya diri sendiri. Sifat ikhlas ini boleh dibentuk dan dipupuk, asalkan ada usaha dan doa. InshaAllah, sifat ikhlas itu akan lahir dengan sendirinya dan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Moga segala ibadah dan amal jariah kita diterima oleh Yang Maha Kuasa, Allah SWT. 

credit :
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4273-3-tahap-ikhlas.html
2 comments
  1. Ust. Badlishah dlm al kuliah pernah ckp, nak sampai tahap ikhlas ni kita perlu lalu jalan riak. Contoh : mula mula kita naik bmw baru beli, masa tuu mmg riak nak mati, tapi bila dah lama lama naik, kita dh tak rasa bnda tu sbb kita dah biasa. Macam tuu lah dgn amal. Mula3 riak, insyaallah lama lama akan iklas sbb kita dah tahu tuu tanggungjawab :)
    *panjang pulak komen. Maaf. *

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh begitu ye, terima kasih atas perkongsian :)

      Delete