Susah Jadi Buta IT Ni


Assalamualaikum.

Dah berhari-hari aku terkial-kial belajar tentang dua ketul software yang sememangnya banyak menguji kesabaran seorang manusia buta IT macam aku ni .

Adobe Photoshop & Adobe Illustrator 

Inilah dia dua ketul software yang aku cakap tu. Waaaaaa nak nangis. Apa boleh buat, urusan kerja aku memerlukan aku menggunakan kedua-dua software di atas ini. Nak minta kawan sekerja tolong, memang diorang tolong, tapi takkanlah aku nak mintak tolong diorang 24 jam, diorang pun berlambak kerja nak buat. Nak pergi kursus/kelas atau yang seumpamanya tak berapa praktikal bagi situasi seorang pekerja baru macam aku.

Cari di internet memang berlambak-lambak tapi nak cari yang betul-betul simple dan sesuai dengan aku memang tak ada setakat ni. Majoriti semua untuk pro-pro belaka. Aduhailah nasib. Jadii di sini aku nak minta jasa baik korang untuk recommend dekat aku blog-blog atau website yang menyediakan perkhidmatan tutorial yang mudah dan simple bagi beginners seperti aku (kalau dalam Bahasa Melayu laaaaagi bagus)

Terima kasih ye korang, doakan aku dapat mahiri kedua-dua software ini ye. Huhu.


13 comments
  1. Zafiroh boleh punya! Kipidap :D

    ReplyDelete
  2. memang susah mengedit guna dedua tu :D
    rasanya blh rujuk tutorial kat http://sifoo.com/
    sesuai utk beginner :)

    ReplyDelete
  3. Hye girl... nak belajar photoshop ke? cuba pergi kat web ni

    http://www.tutorial89.com/2014/08/tutorial-photoshop-bahasa-indonesia.html

    tapi bahasa indonesialah..

    Hope dapat membantu :)

    ReplyDelete
  4. both are susah especially AI tu, bukak je terus pitam haha
    sorry tp xtau pulak websites mana ada tuto for beginners sume tu...
    if I were you, selalunya sy akan search : tuto + nak buat apa + photoshop :D
    all the best anyway!

    ReplyDelete
    Replies
    1. been there, done that already tapi mostly tuto ph atau ai yg sedia ada agak complicated nak faham T.T
      Thank you btw :)

      Delete
    2. haha which part yg xpaham? maybe I can help a bit :)

      Delete
  5. akak pun tak pandai bab nih..

    salam kenal

    ReplyDelete
  6. memang payah sikit photoshop ni. kena rajen n bebetul kreatif. btw cer rujuk web ni http://www.photoshopessentials.com/ apapun good luck! :)

    ReplyDelete
  7. sya pun buta it..xsuka ngan software nie..sbb complicated..huhu..leceh..
    klau bab2 design nie..aku give up..hahaha

    ReplyDelete
  8. Siqah surrender kalau bab dua software di atas. Tak faham dan malas nak faham. Hehe.

    Good luck awak!

    ReplyDelete