Assalamualaikum
Aku berjaya mendapat hadiah saguhati dari sebuah giveaway anjuran SIS ANN yang baru sahaja tamat. Terima kasih kepada semua penganjur terutamanya SIS YANA .
Semoga murah rezeki kalian sentiasa, Alhamdulillah.
Berbalik kepada tajuk, semenjak dua menjak, ni aku sering sakit gigi. Sekejap belah kanan la, sekejap belah kiri la. Tapi, aku pun tak curious nak cari sebabnya sebab dah trang tang tang terhidang sebabnya di depan mata, cuma aku ja yang buat buta.
Diorang tanya 'Tak nak pergi klinik ke?'
Atau 'Tak makan panadol ke?'
Terima kasih sangat sebab ambil berat. Tapi jawapan aku tetap sama, 'TAK'
Aku dari kecik memang takutkan klinik, hospital dan yang sama waktu dengannya. Bila aku melangkah ke tempat-tempat tersebut, automatik darah aku menderu, jantung aku dup dap laju, pendek kata memang tak ngam lah aku dengan tempat-tempat macam tu. Alhamdulillah, setakat ni aku tak pernah lagi masuk wad, setakat masuk wad jenguk orang sakit sekejap ada la. Mungkin disebabkan itu jugak lah, aku dah pergi interview SPA 2 kali tapi masih tak ada rezeki. Walaupun sedikit sebanyak dalam hati banyak happy ihiks.
Jadi pilihan pertama untuk ke klinik aku dah tolak awal-awal. Berbalik kepada pilihan kedua iaitu Panadol. Percaya atau tak, aku tak pernah telan panadol seumur hidup aku. Kalau ada pun, setakat panadol warna pink yang ayah aku tumbuk-tumbuk campur dalam air masak masa aku kecil tu ada la. Tapi itu tak bermakna aku tak jatuh sakit. Demam, pening kepala, batuk, selsema, jatuh longkang kaki lebam sebulan, semua aku dah rasa. Tapi, aku tak pernah telan apa-apa ubat pun termasuk panadol.
Hal ini mungkin kerana didikan emak yang tak suka anak-anak dia makan ubat. Dia taknak anak-anak dia bergantung kepada ubat kerana bagi dia ubat hanya membawa banyak keburukan lebih daripada kebaikan. Jadi, walau ke mana sahaja aku merantau, bila aku sakit, aku tahan. Aku buat macam-macam untuk lupakan sakit aku tu. Kadang-kadang terdetik di dalam fikiran aku, betul ke cara hidup aku ni? Sampai bila aku boleh elakkan ubat dan hospital? Berbaloi ke semua kesakitan yang aku tahan ni?
Aku yakin, kata-kata seorang emak itu sentiasa betul. Dan aku yakin atas qada dan qadar Allah SWT. Semoga aku dan orang-orang yang aku sayang termasuk kalian yang sedang membaca ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Bagi setiap kesakitan yang Dia berikan, anggaplah ia sebagai satu ujian untuk mengukuhkan lagi iman kita. Semoga kita semua tabah. Amin Ya Rabb.
kalau ubat moden tak makan cari ler alternatif lain yer.. buah2an sayur2an.. aplikasi dari pokok untuk jadi sebagai ubat... mcm ubat tradisional ler.. tapi bukan yang dijual punya.. ni yang dibuat sendiri..
ReplyDeletesemoga sama2 diberi kesihatan yang baik..
Blogwalking sini, jom belajar tutorial ni
How To Display Author Info Box in blogpost article...
Tahniah menang ^^
ReplyDeleteSaya pun tak suka makan ubat dan rasa ubat bnyk bawak keburukan. Tapi kadang kita makan ubat jugak utk elakkan lg bnyk penyakit lain. Makan ubat tuuh memang tak bagus, tapi kalau dgn tak makan ubat tuh makin banyak penyakit yang kita dpt, lagi baik kita makan ubat. Taknak mkn ubat moden try ubat cara lama :)