MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
Assalamualaikum.
Aku baru sahaja selesai menonton sebuah filem Korea Selatan yang bertajuk 'Take Off'. Habis ja tonton, aku dengan excited sungguh terus menaip review ini untuk meluahkan betapa hebatnya filem ni dekat korang.
Macam biasa, aku takkan cerita sinopsis filem yang aku review di sini. Sebaliknya aku hanya akan share tentang pengalaman dan pengajaran yang aku dapati dalam filem ini.
Sejujurnya aku memang tak berapa gemar menonton filem yang berkaitan sport ni. Tapi, filem ni exception. Dari saat cerita ni mula sampai la habis, tak ada satu babak pun yang membosankan. Walaupun untuk orang yang tak minat sukan macam aku ni huhu.
Filem ini berkaitan tentang sukan ski jump. Sukan ini dipertandingkan di Winter Olympic yang berlangsung setiap empat tahun, seperti Olympic biasa tu. Dalam filem ini korang akan melihat betapa semangat dan kasih sayang dapat mengubah 5 orang yang orang lain panggil 'loser' menjadi 'winner' dalam sekelip mata.
Walaupun orang tak percaya, kerajaan pandang lewa, budget tak ada, teammates cuma ada lima, dan pelbagai lagi masalah yang diorang hadapi, diorang tak mengalah. Sebaliknya diorang sabar dan buktikan pada semua bahawa diorang adalah Juara.
Masa tengok filem ni, semangat kesukanan aku tiba-tiba melonjak. Jantung aku dup dap semacam. Wah, sekarang aku tahu kenapa orang suka tengok atlet bersukan di kaca TV walaupun satu masa ketika aku rasa buang masa. Kita nampak ey mudah je tu, takkan gangsa pun tak lepas. Tapi, kita tak tahu apa yang atlet semua tu hadapi di belakang tabir, kan?
Jadi, janganlah prejudis. teruskan beri sokongan. Jika taknak, jangan mengeji. Mereka sebenarnya sedang berjuang untuk negara. Kalau kita tak sokong atler kita, siapa lagi kan? Melalui filem ni, itulah antara pengajaran yang aku dapati dan banyak lagi yang korang sendiri boleh rasai selepas menonton filem ini. Kalau korang dah tengok, share la dengan aku pendapat korang okie?
Sampai di sini dulu. Jumpa lagi di review akan datang. Tata.
0 comments