Assalamualaikum.
Ketika kita berada di sekolah rendah dulu, kerap kali kita diajukan soalan sebegini kan?
"Besar nanti nak jadi apa?"
"Apa impian awak bila besar?"
"Kamu nak jadi apa besar nanti?"
Dan yang sama waktu dengannya.
Kalau korang tanya jawapan aku, memang tak pernah mantain, berubah setiap tahun huhu. Sekejap nak jadi doktor lah, sekejap nak jadi ahli forensik lah, sekejap nak jadi peguam lah dan macam-macam lagi. Walaupun aku tak berjaya menggapai walau salah satu pun senarai pekerjaan yang aku cakap tadi, aku tetap bersyukur. Hal ini kerana aku sudah bertemu dengan jawapan yang sebenarnya bagi soalan-soalan yang mereka ajukan suatu masa dahulu.
Kita sering kali salah tafsir dengan menganggap IMPIAN itu adalah PEKERJAAN. Betul tak?
Bila ditanya soalan yang sama seperti di atas, majoriti membalasnya dengan senarai pekerjaan yang hebat-hebat belaka, semua tak nak kalah. Ya, tak salah bercita-cita untuk menjadi seorang yang hebat dan disegani ramai suatu hari nanti, tapi sedarkah kita, sebelum kita ingin mencapai kesemua pekerjaan tersebut, kita harus terlebih dahulu menjadi 'MANUSIA'?
Manusia yang aku maksudkan di sini adalah satu makhluk yang berilmu, berakhlak dan bertamadun. Apa gunanya menjadi seorang doktor tetapi tidak ikhlas melaksanakan kerjanya? Apa guna menjadi seorang peguam tetapi memilih rasuah sebagai sahabatnya? Apa guna menjadi seorang cikgu tapi melakukan kerjanya sambil lewa?
Justeru itu, impian aku yang sebenar-benarnya adalah menjadi seorang manusia yang ikhlas dan tawaduq dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya demi keredhaan Allah SWT semata-mata. Selain itu, aku juga mengimpikan kehidupan yang bahagia dan harmoni bersama mereka yang aku kasihi walau apa jua badai menimpa kerana sesungguhnya selain hubungan kita dengan Dia, hubungan kita dengan manusia yang lain juga adalah sangat penting.
Itulah jawapan aku.
Itulah Impian aku.
Dan sekarang aku sedang berusaha untuk menunaikan impian tersebut. InshaAllah.
Korang pulak, nak jadi apa besaq nanti? ;)
aku dah tak tau nak definisikan besaq tu tara mana..huhuhuhu
ReplyDeleteimpian aku biarlah kita semua dapat bertemu dengan Dia dalam husnul khatimah...Amin...
InshaAllah semoga impian tercapai dgn izinNya. dari dulu sampai skrg kalau org tnya nak jadi apa, mesti jawab polis! ye polis. Tapi paling nak Polis trafik sebab suka uniform and moto besar. heheh. tapi dh 21 tahun ni still tak nmpk byg2 nak jadi pegawai polis :') hehehe
ReplyDeleteNak jadi kurus. Haha. gurau gurau.
ReplyDeleteYep, kecik2 tak slalu research nak jadi apa. haha. Once I dream to become a graphic designer. But then from secondary till university dalam aliran sains. tiba2 dpt kerja jd grafik dejainer.
Masa depan ketentuan Tuhan. yg penting syukur. ^^
sifat tawadhu' saya cuba latih dalam diri, namun kadang gagal jua. In shaa Allah selagi kita ada niat baik Allah akan tolong =)
ReplyDelete