Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas aku dan kawan-kawan satu ofis membuat keputusan untuk berbuka puasa di Kafe Setinggan Laksa Telur Goreng Bersarang di Ipoh. Memandangkan aku ni memang hantu laksa, apa lagi, memang laju ja setuju. Dan keputusan yang kitorang ambil tu takkan pernah kitorang sesali sebab laksa sarang diorang memang TERRRRRBAIKKKK. Ha, siap ada disclaimer *gambar di atas* lagi. Pastikan korang makan laksa ini di kedai yang ORI okay.
Kalaupun korang tak berapa minat dengan laksa, tapi korang masih boleh ke sini untuk menghayati keunikan dan kecantikan kafe ini, ala-ala hipster gituw, lawa sangat. Sayangnya aku tak dapat nak ambil gambar secara detail memandangkan aku pergi ke sana waktu berbuka, dah malam plus sesak sungguh dengan manusia. Memang popular kafe ni. Masa aku sampai dalam pukul 7 pm macam tu, masih ramai lagi orang yang beratur.
Aku dan kawan-kawan memilih untuk makan secara buffet dengan harga serendah RM 10 bagi dewasa dan RM bagi kanak-kanak. Ada kuih tradisional, ada buah-buahan, pelbagai jenis minuman dan yang penting, boleh topup laksa sarang sampailah kenyang! Wow. Aku makan satu mangkuk pun dah penuh perut, pergh memang kaw-kawa laksa diorang. Kuah laksa pekat, tak terlalu pedas, cun. Nak merasa jugak? Di sini aku share kan alamat kafe ini kepada korang.
Salam Ramadhan.Kafe SetingganLaksa Telur Goreng BersarangNo. 1, Jalan Margosa, D/8 Seri Margosa,Bandar Seri Botani, Ipoh Perak.018- 5772955 / 013-5867881Waktu Niaga :Sabtu hingga Khamis (Jumaat Cuti)Jam 12 tengahari hingga 7 malam
0 comments