Assalamualaikum.
Hari ini merupakan 6 Syawal 1437 H, bersamaan raya ke-6, adakah aku masih dalam mood beraya? Sudah tentu tidak sebab aku dah berada di Ipoh untuk memulakan kerja keesokan harinya sobssss. Semalam gerak dari Batu Pahat, Johor dalam pukul 11 pagi macam tu, dan Alhamdulillah sampai di sini pada pukul 7 malam. Bermula dari detik itu, mood raya pun dah poof, lesap.
Apapun, tahun ni boleh dikatakan sangat meriah bagi aku berbanding tahun lepas, sebab tahun lepas aku cuma cuti 1 Syawal, esoknya aku dah kerja, Alhamdulillah tahun ni pekerjaan baru aku membolehkan aku untuk cuti seminggu weeee. Jadi, aku berpeluang beraya ke banyak rumah sedara-mara tahun ni.
Tahun ini juga amat bermakna bagi aku sebab selain baju raya sendiri, aku juga berpeluang belikan baju raya untuk mak ayah aku serta memberikan mereka duit raya juga. Berkat bonus bos bagi, Alhamdulillah. Adik-adik aku pun kemain happy dapat duit raya dari aku dan juga dari adik kedua aku yang kerja part-time di pasar raya Aeon sementara menghabiskan cuti sem dia. Ada rezeki lebih sikit, apa salahnya memberi. Apatah lagi kepada ahli keluarga sendiri ye dak.
Tema tahun ni bagi keluarga aku adalah warna merah jambu a.k.a Pink. Satu warna yang sangat feminin dan merupakan warna kegemaran aku sejak sekolah menengah lagi hehe. Cuma Awang dengan Muaz ja ya tak se'pink' kami sebab baju diorang takda saiz sobsss.
Dan tahun ini aku tak dapat beraya di Perak atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan :( Jadi tahun ni cuma dapat beraya sakan di Johor sahaja. Lagi satu yang tak best nya tahun ni adalah kitorang takde gambar satu keluarga lagi, sebab tak semua ada di pagi raya * masalah keluarga besaq lagu ni la haih* Harapnya tahun depan kami berpeluang ambil gambar bersama di pagi raya. Aminnn.

Harap aku tak terlambat lagi untuk mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin
kepada korang semua :)
salam aidilfitri
ReplyDeleteHi great reading your blogg
ReplyDelete