Review Filem : Ode To My Father (2014)


Assalamualaikum.

Semalam aku telah menonton filem 'Ode To My Father' yang sangat meruntun hati sampai setengah kotak tisu jugak la aku habis sebab filem ni. Bagi korang yang tak minat filem sedih, jangan risau, banyak unsur komedi turut diselitkan bagi memeriahkan lagi filem ini. Pendek kata, memang cukup rasa lah.

Tengok tajuk pun korang dah boleh agak kan filem ni tentang apa kan. Ya, filem ini berkaitan pengorbanan seorang ayah kepada keluarganya dan juga pengorbanan seorang anak sulung dalam membalas pengorbanan ayahnya. Sekarang ni tak banyak filem yang berkaitan dengan 'Ayah' dihasilkan, jadi jangan lepaskan peluang korang untuk menonton filem ini.

Filem Korea Selatan ini berpusat di Busan, ketika era Korean War pada tahun 1950 sehinggalah ke Seoul, 50 tahun kemudiannya iaitu di zaman sekarang. filem ini bagaikan kronologi yang mengisahkan kehidupan sebuah keluarga semenjak era perang tersebut sehinggalah sekarang.

Buat pengetahuan korang, filem Ode To My Father berada di tangga kedua dalam senarai filem yang mencatat kutipan tertinggi sepanjang zaman di Korea Selatan. Aku ulangi ya, SEPANJANG ZAMAN. Filem ini menerima banyak anugerah daripada Filem Terbaik sehinggalah Pelakon Pembantu Terbaik di pelbagai anugerah di sana. Pelakon-pelakon dalam filem ini merupakan pelakon yang hebat-hebat belaka. Tak hairanlah mereka dapat menyalurkan emosi yang padu kepada penonton.

Kalau korang pernah menonton filem Miracle in Cell No 7 sebelum ini, apa kata korang cuba pula menonton filem ini pula. Ada antara korang yang dah tengok filem ini, share la dengan aku apa pendapat korang tentang filem ini, dan agaknya mampukah industri perfileman negara kita menghasilkan filem sebegini suatu hari nanti?
Wait and see.

Di bawah ini, aku share dengan korang trailer filem Ode To My Father.


Comments

  1. Kena tgok ni. Ain pun bukan boleh cerita ayah2 ni. sensetip dia lain mcm.

    ReplyDelete
  2. Menarik nie... Nanti masuk list..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh