Review Filem : Don't Breathe (2016)


Assalamualaikum.

Semalam aku telah menonton filem Don't Breathe di GSC Mid Valley. Memang full cinema sampaikan buat pertama kalinya aku kena duduk di antara row paling depan. Sakit leher tu jangan cakapla macam mana. Tetapi, bersyukur jugak sebab kesakitan itu berbaloi. Filem ini tidak menghampakan.

Don't Breathe berkisar tentang 3 orang perompak yang memecah masuk rumah seorang bekas askar yang buta dan mereka terperangkap di dalam rumah penuh rahsia tersebut. Ceritanya apakah rahisa tersebut, bagaimanakah mereka dapat melepaskan diri? Ha, itulah dia motif utama filem ini. Simple sangat. Jalan cerita pun tak complicated.

Walaupun aku akui ada jugak keadaan-keadaan di mana aku dapat rasa filem ni agak rushing sikit, jadi tang situ agak kurang feel dia. Di dalam elemen suspen dan thriller, filem ini menjalankan peranan tersebut dengan baik. Memang banyak adegan yang mendebarkan, buatkan korang tak senang duduk.

Apapun sekali lagi aku ingatkan filem ini bertema thriller dan bukannya horror. Nanti korang masuk pawagam expect lain, korang sendiri yang hampa sedangkan filem ini sebenarnya lain dari yang lain. Korang akan experience satu pengalaman yang fresh dalam dunia perfileman thriller. Dengan durasi hanya 88 minit, filem ini menyampaikan banyak mesej dan aksi yang cukup rasa untuk setiap lapisan penonton.

Di bawah ini, aku kongsikan trailer filem Don't Breathe. Kalau ada peluang cepat saksikan sekarang, sebelum tempoh tayangan tamat.


Comments

  1. Memang tertahan nafas nengok trailer dia..
    Belum tengok filem dia.. hehehe..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh