Review Filem : Doctor Strange (2016)


Assalamualaikum. Semalam aku dan adik-adik telah pergi menonton Doctor Strange arahan Scott Derrickson di pawagam berhampiran kediaman kami. Filem keluaran Marvel Studios ini dibintangi oleh Benedict Cumberbatch, Rachel McAdams dan ramai lagi.

Jujur cakap aku memang bukan kaki superhero movie. Tetapi aku tetap juga pergi menonton Doctor Strange atas dua sebab.
1. Adik yang belajar jauh merayu nak sangat tengok filem ni sama-sama.
2. Rachel McAdams merupakan antara pelakon wanita US yang paling aku minat.

Jadi apa salahnya aku pun give it a try. Doctor Strange merupakan sebuah filem superhero adaptasi dari komik. Dah namanya pun keluaran Marvel kan, itu sudah semestinya. Doctor Strange mengisahkan seorang doktor saraf yang kehilangan hampir segalanya setelah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Setelah pelbagai ubat dan pembedahan gagal memulihkan tangan dia, Doctor Strange mengambil keputusan untuk ke sebuah tempat di Nepal di mana di situ terdapat mahaguru-mahaguru yang mampu menyembuhkan sebarang cacat cela dengan kuasa dalaman. Maka bermulalah kisah seorang Doctor Strange di dunia baru yang luar dari jangkaan sesiapa pun.

Dari segi visual dan effect, filem ini memang tidak menghampakan. Boleh dikatakan unsur-unsur magic dan power di dalam filem ini adalah sesuatu yang baru, yang tak pernah lagi aku melihat dalam mana-mana filem sebelum ini. Tetapi diingatkan, korang mungkin akan jadi pening sikit tengok. Sebab apa? haaa yang tu kena tengok sendiri.

Unsur komedi ringan yang diselitkan dalam filem ini juga sangat bagus. Pendek cerita, tidak keterlaluan atau tidak kehambaran. Ringan dan padat. Boleh dikatakan aku berpuas hati menonton Doctor Strange. Kalau ada sequel memang aku tak akan lepaskan peluang untuk pergi terjah. Apa yang kurang dalam filem ini bagi aku hanya pengembangan karakter antagonis yang agak kurang baik beserta penjelasan terhadap sesuatu insiden yang tertentu yang mengelirukan penonton. Selain daripada itu, Doctor Strange sangat menarik untuk ditonton bersama-sama keluarga dan kawan-kawan.

                                                                              

Comments

  1. menarik. memang da plan nak tengok da citer ni time off :)

    ReplyDelete
  2. hari tu nak tengok, tapi show time lambat lagi, tak larat nak tunggu

    ReplyDelete
  3. Belum sempat tengok lagi...tapi nampak macam best...

    ReplyDelete
  4. satu persatu superhero hollywood ketengahkan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Review Filem : Train To Busan (2016)

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh