The Zofiroh Journal

CATEGORY >

Assalamualaikum,

Satu family aku suka beli barang online tapi aku tak pulak, memang tak suka order beli barang online atas beberapa sebab, teapi kali ni aku mengalah, aku break the rule yang aku sendiri cipta dan beli juga barang online, bukan di shopee, bukan di lazada, bukan di zalora tetapi jeng jeng jeng......



CHILINDO
Sebab apa? Chilindo ni lain dari yang lain. Di sini korang bukan boleh suka-suka klik ja kalau nak order, tetapi korang kena lepas satu level dahulu iaitu, membida. Pernah membida tak sebelum ni? Kalau tak pernah pun, mesti pernah tengok di kaca TV kan macam mana orang membida? Haaa tak jauh beza pun.

Kalau korang pandai membida + bernasib baik, makanya korang dapatlah membeli barangan di chilindo dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di website lain. Jangan frust menonggeng pulak kalau korang kalah bid, biasa la tu. Peluang lebih baik akan datang punya. Sabar itu kan separuh daripada iman. hihi. Dan aku nak ingatkan jangan asyik membida sampai korang ter'over' bid dan bila korang menang rupanya barang yang korang beli tu lebih mahal pulak. Rugi la kalau macam tu. Berhenti sebelum ketagih. Ingat tu.

Tempoh penghantaran selepas order juga tak ambil masa yang lama, lebih kurang 2-4 hari sahaja barang dah sampai depan rumah. Macam aku lebih selesa dengan Cash On Delivery (COD) berbanding bayar online, Alhamdulillah, Chilindo turut menyediakan perkhidmatan COD. Gini la I like.

Ini dia aku lanje sedikit gambar hasil bidaan aku dan emak ayah.




Akhir sekali, 
Selamat membida korang, tata.
Share on:




Assalamualaikum,

Bulan lepas aku telah pergi interview untuk menyambung pelajaran dalam course Masscomm di UiTM dan minggu seterusnya aku juga turut menghadiri interview untuk course TESL. Kedua-duanya merupakan pilihan utama aku ketika mengisi UPU dulu. Bagi Masscomm, prosesnya agak mudah memandangkan ayah yang menghantar aku ke tempat interview di UiTM Pasir Gudang, Johor. First time jejakkan kaki di sana. Dan calon-calon yang turut di interview pada hari tu tak ramai mana, lebih kurang 50-60 orang sahaja. Berbanding TESL, interview Masscomm jauh lebih mudah huhu (Mungkin juga disebabkan aku bekas student masscomm, so)

Jadi entry kali ini aku nak fokus dengan interview TESL sahaja, Bismillah.

Beberapa minggu sebelum panggilan interview diterima, semua calon yang apply degree dalam bidang pendidikan diwajibkan lepas ujian Medsi terlebih dahulu. Syukur kerana lokasi untuk ujian Medsi aku dekat dengan rumah iaitu di UTHM, makanya aku pun drive sendiri sahaja ke sana. Tak susah pun, korang kena jawab soalan kebanyakannya KBKK dalam komputer yang disediakan mengikut tempoh yang ditentukan. Aku jawab tak sampai 30 minit. Lepas tu angkat tangan, settle. Penjaga bertugas ucapkan "Semoga Berjaya ya" selepas aku salam beliau. Terima kasih :')

Tak lama kemudian surat panggilan interview keluar, jauh la jugak iaitu di UiTM Puncak Alam atau lebih popular dengan panggilan PUiTM Palam. Malangnya ayah tak sihat jadi aku kena la pergi sendiri menaiki bas bertemankan adik lelaki aku sebagai bodyguard. Malam sebelum interview kami menaiki bas ke TBS dan berkampung di sana. Aku memang dah biasa tidur di TBS ni, boleh dikatakan rumah ketiga aku dah tu huhu. Paginya dalam pukul 7 selepas mandi segala, kami terus menaiki teksi ke UiTM Puncak Alam. Nak tahu berapa tambangnya? RM100+ uish. Apa boleh buat, nak tunggu tren lambat, grabcar pulak malangnya takde yang boleh hantar sampai sana pagi tu. Nak tak nak terpaksa naik teksi.

Sampai ja di sana tepat-tepat pukul 8:30!!! Dengan kelam kabutnya terus masuk dewan peperiksaan untuk menjawab essay dan pemahaman tanpa sempat nak tengok nombor giliran!!! Jadi aku pun jawab secepat mungkin paper dan plan untuk acah ke toilet sedangkan aku nak turun ke tingkat satu untuk tengok nombor giliran  interview dan mock teaching lepas ni di papan kenyataan. Tapi rancangan aku gagal sebab pengawas peperiksaan (yang kebetulan nama sama dengan aku) ikut aku pergi toilet. Aisehhhh!

Anyway lepas habis ja exam bertulis, aku beserta beberapa lagi calon yang juga terlupa check sebelum exam tadi berebut masuk lif turun ke level 1. Ok so dah tau nombor dan bilik interview, aku bergegas naik lif semula. Masuk ja dalam bilik menunggu, aku of course la kena marah sebab lambat dan terlepas mukadimah oleh lecturer(maybe?) yang akan interview kitorang nanti. Dia siap cakap "This sttitude is DISGUSTING!" Yela yela sobbsss.

Disebabkan aku calon nombor 2, aku takda masa nak sedih bagai, turn aku dah menghampiri and finally......TING TING. Loceng berbunyi selepas calon nombor 1 selesai interview.

"Please take your seat"

Aku malas nak cerita dari A to Z, jadi ini secara kasar soalan yang kedua-dua panel tanya semasa interview
1 : Sebab apply TESL, kenapa tak sambung MASSCOMM?
2. Masa Diploma, belajar apa ja? Explain tentang PENGIKLANAN?

Make sure cakap clear dan konfiden. Dan jangan sekali-kali merojakkan bahasa korang. Kalau 'ter' sekalipun mesti kena minta maaf. Manner tu penting.Sungguh tak banyak pun soalan panel tu tanya, lepas tu terus Mock Teaching. Believe or not aku tak ready apa pun sebab sebelum ni dengar cerita student Asasi TESL sahaja kena, kami ni tak payah. Dah sampai baru aku tahu aku pun kena jugak mock teaching. Waaaaaaaaaa!

Dengan masa 5 minit yang diberi aku pun merepek je la pasal ,"Why You Have to Learn English"
Ntah hapa-hapa kan? I KNOW. Patutnya aku mengajar tentang grammar ke, pronounce ke, poem ke tapi apakah. Apapun, aku tetap cuba merepek meraban dengan sebaik mungkin. Bab ni la kena banyak acah konfiden dan betul walaupun salah huhu.

Overall memang interview untuk course ni aku screw up tapi Allah SWT tahu aku dah cuba sebaik mungkin. Rezeki itu Dia yang bagi kan dan hanya Dia sahaja yang tahu betapa minatnya aku dalam TESL sejak dibangku high school lagi. Mungkin ini peluang terakhir aku untuk belajar dalam TESL...



Dan,




Siapa sangka. ALHAMDULILLAH.
Semoga dipermudahkan.
Share on:
  • ← Previous post
  • Next Post →
  • "After all, you've got to start somewhere, even if you make mistakes along the way"
  • Excuse my 'rojak' language, I write nonsense a lot and I love people a lot
140x140

TheZofiroh

Founder of the website

Instagram

Followers

History

  • ►  2018 (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2017 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  October (6)
    • ▼  August (2)
      • Shopping Cara Baru di Chilindo
      • Pengalaman Interview Degree TESL di UiTM
    • ►  January (1)
  • ►  2016 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (9)
    • ►  July (5)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)

Message?

Shoutbox: Free shoutbox for website or blog
Shoutbox Tutorials: How to get a shoutbox
Guestbook: Get a free guestbook for your website
YouTuber Jessica Clements: Ngai Chun Cheung about his crush on Jessica Clements
Model Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is reasoning Jessica Clements
Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is dissecting his obsession with Jessica Clements
Thousand Origami Cranes: Leaving a trail of thousand origami cranes by Ngai Chun Cheung
Hong Kong Origami: Origami Cranes in Hong Kong by Ngai Chun Cheung
Ngai Chun Cheung

This blog is to provide you with daily outfit ideas and share my personal style. This is a super clean and elegant WordPress theme for every bloggers. Theme is perfect for sharing all sorts of media online. Photos, videos, quotes, links... etc.

The Zofiroh Journal

  • Home
Powered by Blogger.
Created By SoraTemplates | Distributed By MyBloggerThemes