Assalamualaikum.
Korang semua ada tak satu habit yang tak bermula dari satu tahap dan sampai sekarang korang masih lagi buat sampai sekarang. Maksud aku habit yang takdelah diharamkan atau dilarang oleh mana-mana pihak. Cumanya habit itu adalah habit yang tak berapa manis dipandang gituw.
Aku ada. Banyak sebenarnya tapi cukuplah aku cerita dua daripadanya. Karang orang nak datang merisik terus tak jadi lepas baca entry ini hmm. *ini juga salah satu habit aku yang tak berapa nak elok, KUAT BERANGAN*
Aha. Berdasarkan gambar di atas ni apa yang korang dapat agak......?
Inilah dia habit yang aku pun tak tahu dari siapa aku warisi, dari siapa aku ikut, aku pun tahu. Sebab dalam family aku, memang aku seorang ja perangai macam ni.
Dulu emak selalu tegur, tak elok makan depan laptop macam tu. Tapi, aku masih begitu. Kering tekak, perut berkeroncong, mata terkedip-kedip mengantuk kalau tak ada sesuatu dalam mulut masa tengah menggunakan laptop huhu.
Ok yang kedua pula ialah......
Btw, gambar di atas ini bukan aku ya kawan-kawan. Mana la tahu kalau ada yang salah faham pulak nanti. Haa, daripada gambar ni, apa kesimpulan yang dapat korang buat? Habit menganga mulut 24 jam sehari? Habit gayakan style rambut macam kena renjatan elektrik? No no no.
Jawapannya adalah habit mendegar muzik dengan kuat. Bukan muzik sahaja, filem, rancangan TV, ceramah atau apa sahajalah dengan volume yang kuat. Sebab tu, dalam family aku, aku sorang sahaja dah ada 4 buah speaker.
Kalau pakai earphone atau headphone pun sama, volume dah hampir tahap maksimum. Adik beradik aku selalu perli.
" Pergh gegendang telinga hang besi ke apa?"
" Nak bagi satu dunia dengar sekali ke macam mana?"
Eleh jelez la tu. Tapi, aku akui habit ini tak bagus sebenarnya. Aku pun tengah slow-slow berubah. Alhamdulillah, sekarang ni makin okay cuma perlu perbaiki lagi.
Ok lah, itu adalah dua contoh habit aku yang 'dipupuk' dari kecil lagi.
Harapnya bukanlah aku sorang yang ada habit sebagaimana di atas huhuhu.
Bukan tak boleh berubah sebenarnya, BOLEH. Cuma semangat nak berubah tu masih belum cukup marak lagi. Apapun, sekarang aku tengah cuba jugak untuk berubah. InshaAllah pasti boleh.
Sampai di sini dahulu aku merepek meraban. Terima kasih sebab sudi baca. Korang THE BEST!
jo pun suka gak dngr lgu volume tu padu gila klau bleh nk org sblh dngr haha.lg2 lgu heavy pfft
ReplyDeleteoh yeah ada geng xD
DeleteJangan dengar lagu kuat kuat sgt k. Medium volume pun ok at least. Risau pulak. Hehe.. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah sekarang dah tak sangat, masih dalam proses mengekalkan InshaAllah :)
DeleteNi mesti jenis yang selalu kena warning dengan music player supaya jgn guna volume tinggi giler tu X) It's a habit, what can we do. Btw, harap dapat berubah , InshaAllah
ReplyDeleteBetul tu betul!!! Dia bagi warning pun rasa macam baca ABC ja, kesah tak kesah haha. Amin InshaAllah.
DeleteMakan depan laptop - dulu masa belajar, selalu sangat buat. Dengar muzik kuat2 pun sama jugak! Kalau dengar slow macam tak feel ler. Hihi. Awak boleh berubah. Slow and steady :)
ReplyDeleteYayyy kita samaaa. Kannnn. Yang penting nak feel dia gituwww. InshaAllah kerana sayangkan telinga kenala berkorban sikit huhu
Delete