Assalamualaikum.
Baru-baru ini aku telah backpacking solo ke Ipoh dan Taiping, Perak selama 2 hari 1 malam. Jadi di sini aku nak share sedikit tip tentang barang-barang yang WAJIB korang bawak di dalam beg korang untuk memastikan backpacking korang berjalan dengan lancar. Kan tak best kalau syok tengah travel, aiseh, terlupa bawak itu ini, tak pasal-pasal kena beli baru sedangkan korang boleh je bawak dari rumah. So here we go!
1. Ubat gigi/ Berus gigi/ Tuala
- Kalau korang nak travel bajet, better bawak ubat gigi dan berus gigi korang sendiri sebab selalunya hotel murah atau motel tak menyediakan semua ni. Ubat gigi tu jangan la bawak yang gedabak besar punya takut masa tengah travel korang atau orang lain terduduk atau terhimpit beg korang, ha pandai-pandai la imagine ya. Begitu juga dengan syampu. Kalau sehari dua sahaja travel tak perlu la bawa. Kalau nak bawa pun, bawa dalam bekas/paket kecil sudah memadai. Jimat ruang.
2. Powerbank.
- Ini sangat penting terutamanya bagi yang handphone dia sangat cepat makan bateri *iphone uhuks* Aku tak bawak pun tiap kali travel ke mana-mana sebab selalunya handphone aku kalau cas 100% waktu pagi, Alhamdulillah boleh bertahan sampai ke malam. Aku sarankan korang bawak lah in case masa ada emergency, bateri pulak tinggal ciput. Al-maklumlah masa travel, nak ambil gambar lagi, nak cari location lagi, nak booking hotel/restoran lagi, nak update dekat instagram lagi- Eh?-
3. Air Mineral
- Masa nak gerak pastikan ada 1 atau 2 botol air mineral dalam beg korang. Elakkan bawak air manis sebab tenaga korang akan lebih menurun, dan kalau tertumpah dalam beg uish naya weh. Bila 1 botol habis, pergi beli lagi 1 sebelum gerak ke mana-mana lokasi. Takut perjalanan yang panjang selepas itu menghalang korang untuk membeli air masak.
4. Buku Nota / Pen
- Selalunya tujuan kita travel bukan semata-mata untuk melancong tetapi mengembara. Buku nota tak kisahla dalam bagaimana bentuk sekalipun boleh digunakan untuk merekod travelog korang tentang apa yang korang nampak, apa yang korang rasa dan lain-lain lagi tentang backpacking korang. Sekarang menaip kat handphone pun boleh tapi aku lebih prefer cara tradisional ni. Lebih relaxing dan jimat bateri handphone. Bila korang sampai ke suatu tempat seperti cafe atau monumen, luangkanlah sedikit masa untuk menulis.
5. Barang-barang makeup (kurangkan please)
- Jangan diusung semua barang makeup dari rumah ketika travel okay. Cukuplah sekadar deodorant, bedak/bb cream dan lip balm/lipstik. Peracyalah dengan cuaca yang tak menentu plus kehadiran ramai manusia dari segenap pelusuk akan menyebabkan korang jadi tak selesa dengan makeup yang tebal di muka. Tambahan lagi, korang boleh jimat ruang dalam beg untuk diisi dengan benda-benda yang lebih penting.
Oh ya masukkan minyak gamat atau minyak cap kapak di dalam list korang. Siapa tahu korang mungkin sakit perut atau sakit kepala ketika travel. Jadi sediakan payung sebelum hujan. Sebut pasal hujan, jangan lupa bawa payung lipat sekali tau!
Orait. Inilah dia list barang yang aku senaraikan untuk korang bawa di dalam beg korang ketika travel solo. Kalau berkumpulan lain cerita, korang boleh pinjam meminjam antara satu sama lain. Tetapi, travel solo ni lain ceritanya. Selepas ini aku akan ceritakan sedikit sebanyak tempat yang aku telah backpacking solo, InshaAllah.
Sampai sini dahulu, tata.