Assalamualaikum.
Esok Olimpik Rio 2016 bakal melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, pada temasya Olimpik kali ini, para atlet kita berjaya mengutip sebanyak 5 buah pingat iaitu 4 buah pingat Perak dan sebuah pingat Gangsa.
Pencapaian ini merupakan yang terbaik oleh negara kita sepanjang beraksi di pentas Olimpik sejak 60-an dahulu. Melihat hero dan heroin negara kita bertarung habis-habisan untuk menjulang nama Malaysia di mata dunia sudah cukup membuatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya bangga sekali.
Terima kasih buat para atlet yang berjaya membawa pulang pingat dari Olimpik Rio kali ini iaitu, Datuk Lee Chong Wei, Chan Peng Soon & Goh Liu Ying, Pandelela Rinong & Cheong Jun Hoong, Tan Wee Kiong & Goh V Shem, Azizulhasni Awang. Mereka ini aset-aset yang membuktikan bahawa Malaysia Boleh!!!
Walaupun Datuk Lee Chong Wei tidak akan beraksi di Olimpik Tokyo 2020, tetapi harapan kita buat atlet Malaysia untuk melakar lagi sejarah yang lebih hebat di pentas Olimpik tetap mekar. Selamat Tinggal Rio 2016, jumpa lagi di Tokyo 2020.
Tahniah.. semoga dpt keputusan yg lebih baik di olympic akan dtg..
ReplyDeleteJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Alhamdulillah Rezeki : Pemenang GA Follow dan Like MY
2. Minyak Angin Aromaterapi FRESH CARE
3. Giveaway RM400 by AsyaAmin
4. Saya Bukan Robot / I'm Not A Robot
5. Segmen: Blogwalking By YangBaik
tahniah buat atlet negara..
ReplyDelete