Assalamualaikum.
Okay mari kita teruskan pengembaraan seorang Zafirah di Ipoh baru-baru ini. Setelah puas ronda sekeliling Plan B, aku pun decide nak makan walaupun jam baru menunjukkan pukul 11 a.m . Tak silap aku dalam area-area Plan B ni jugak ada dalam 5-6 cafe yang unik. Kalau jalan sikit, ada berderet lagi cafe yang menarik. Disebabkan aku kejar masa dan paling penting perut aku tak cukup luas nak sumbat pelbagai jenis makanan dalam satu masa. Jadi aku telah memilih dua cafe ini setelah baca review nya di google.
1. Burps And Giggles
Makanan yang aku order adalah Pasta Creamy Mushy Goodness yang berharga RM19 dengan Jus Epal yang berharga RM8. Memang sedap sungguh. Banyak lagi makanan menarik seperti burger yang pelbagai jenis, pasta yang beraneka dan begitu juga dessert yang menarik.
Cantik kan decoration dalam kedai ni. Kombinasi antara tradisional dan western masuk sangat. Masa aku datang kedai ni baru bukak jadi tak ramai sangat. Pukul 3 lebih aku lalu sini memang FULL HOUSE sampai ramai yang beratur kat luar tunggu giliran nam masuk. Fuhh.
Nak tahu dengan lebih lanjut? Kunjungi laman facebook mereka :
2. Patisserie Boutique Cafe
Dalam pukul 4 petang aku singgah makan di Patisserie Boutique Cafe pulak yang terletak sebaris jugak dengan Burps & Giggles yang aku singgah pagi tadi. Masa aku datang ni kebetulan ja ada satu meja kosong, Alhamdulillah.
Aku order Pasta (sorry aku memang pencinta spaghetti dan pasta hehew) Salmon dan apa ntah nama dia roti crust bakar bertoppingkan hirisan daging dan telur mata dan juga manisan iaitu kek moist chocolate nut lava.
Berbanding cafe sebelum ni, harga sini mahal la jugak. Pasta sahaja dah RM22. Tapi, berbaloi. Memang sedap. Tak sampai 5 minit licin pinggan aku weh haha. Kek Moist diorang pun sedap. Banyak lagi kek-kek yang ada. Tapi, masa aku datang tinggal dua jenis sahaja sebab dah habis. Servis di sini memang A+. Waiter semua peramah, cafe bersih, tandas pun bersih dan wangi. Macam dekat Paris pulak bila masuk sini wuu.
Nak tahu lebih lagi?Jangan segan-segan singgah di akaun Facebook mereka :
Okay sampai di sini dahulu review aku tentang dua buah cafe hipster yang terletak berhampiran Plan B di Ipoh, Perak. Jumpa lagi di entry yang seterusnya. Aku akan ceritakan pengembaraan aku mencari Art Wall Street di sekeliling Ipoh Oldtown. Sampai di sini dahulu. Tata.
Tempat makan cantik. makanan pun nampak sedap2. jeles je tgk. btw awak buat single backpacker tido kat mana je?
ReplyDeleteCantiknya tempat.. nak terjah FB merekalah..
ReplyDelete