Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh


Assalamualaikum.

Sabtu lalu aku telah singgah di Ipoh, Perak dan semestinya tempat pertama yang aku pilih untuk menjejakkan kaki adalah Stesen Keretapi Ipoh. Banyak kali dah aku baca review dari orang ramai mengatakan betapa lawanya bangunan tersebut. Sampaikan Stesen KTM Ipoh ini dijadikan salah satu tarikan pelancong ke Ipoh secara rasmi. 

Selain keunikan bangunnya yang seakan-akan Taj Mahal, stesen ini juga popular kerana dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bunga tempatan yang menyerlahkan lagi keindahan Stesen KTM Ipoh ini. Di hadapan tanah lapang stesen ini terdapat tugu perang dan juga pokok Ipoh yang sangat terkenal dengan getahnya yang boleh dibuat racun untuk sumpit pada suatu masa dahulu.

Dari stesen bas Medan Kidd aku terus menuju ke Stesen KTM Ipoh dengan hanya berjalan kaki. Tak jauh pun, hanya mengambil lebih kurang 5 minit sahaja. Sambil berjalan korang akan nampak Dewan Bandaraya Ipoh dan Balai Polis Ipoh yang turut menyerlah dengan keunikan bangunnya yang antik dan menarik. 

Ok taknak cakap banyak, biarlah gambar pula berbicara.

Dari seberang jalan aku dah tersenyum melihat bangunan ini
Yay dah sampai!!!! Kan aku dah cakap. Cantik.
Antara taman bunga mini di sekeliling
amboi buat wedding photoshoot dekat sini pun cun
Inilah dia Pokok Ipoh yang terkenal tu
Aku ada jugak masuk dalam stesen keretapi ini cuma tak berpeluang nak tangkap gambar. Tak apa, lain  kali ada kan. Dan mungkin kali ini aku akan naik keretapi untuk ke sini pulak suatu hari nanti, InshaAllah. 

Sampai di sini dahulu. Tunggu Part 2 pula yang akan menyusul nanti. Dan kali ini kita ke mana? Kita ke Plan B :)
5 comments
  1. cantik pula suasana taman mini dengan bunga-bungaan tu :D

    ReplyDelete
  2. cantik tempat ni. rasa macam nak kesana la pula.. :)

    ReplyDelete
  3. Cantik! Masih kekal tinggallan ini. Lawa!

    ReplyDelete
  4. Cantik sangat.. dah pergi tapi tak jenjalan pun kat sini..

    ReplyDelete