The Zofiroh Journal

CATEGORY >

Assalamualaikum. 

Hari tu aku ada menyertai satu Giveaway anjuran Abam Kie dan tak sangka aku terpilih antara pemenang yang bertuah. Alhamdulillah. Terima kasih kepada penganjur giveaway ini, iaitu Abam Kie dan para blogger yang sponsor dalam memeriahkan giveaway ini :)


Berbalik kepada topik, hari ni aku nak cerita tentang satu filem yang aku tonton banyak kali pun, tak pernah terdetik rasa bosan ke apa. Jeng jeng jeng.....

 

Filem ini keluar pada tahun 1994 bersamaan tahun kelahiran aku woot woot. Rasanya majoriti mesti pernah tengok atau sekurangnya pernah dengar kan tentang filem ini? Ayah aku panggil filem ni filem orang bodoh. -.-

 Bagi aku pulak filem ini adalah filem orang baik, Forrest Gump memang slow berbanding orang lain yang sebaya dengan dia, tapi dia baik. Dan filem ini membuktikan tak semestinya kau slow, kau tak boleh berjaya.
Asalkan kau berusaha, kau tidak putus asa. Dan yang paling penting kau jujur bukan sahaja terhdapa diri kau sendiri, tetapi juga orang lain.

Aku memang tak begitu ngam dengan filem-filem aksi bagai, citarasa aku lebih menjurus ke arah filem yang menyentuh hati, berunsur cinta dan keluarga. Itu citarasa aku. Dan bagi aku Forrest Gump memenuhi semua yang aku nak dalam filem-ilem kegemaran aku. Kelakar, Sedih, Inspirasi. Semua dicampur sebati.

Filem ini juga terkenal dengan quotes yang menyentuh hati dan boleh dijadikan sebagai prinsip dalam menempuhi kehidupan seharian. Sebagai contoh :



 

Kalau korang belum pernah tengok filem ini, aku sangatlah recommend kan. Filem ni bukan sahaja diiktiraf oleh penonton, tetapi juga pengkritik yang hebat-hebat. Cuba cari ja Forrest Gump di Google dan korang boleh tengok betapa banyak filem ini menang anugerah berprestij seperti anugerah Oscar, Golden Globe dan sebagainya.
Di bawah ni aku share kan trailer Forrest Gump untuk korang yang belum tengok lagi.


Bila aku rasa macam "ahh aku tak boleh lah", automatik Forrest Gump terdetik dalam minda aku.
Kalau Forrest Gump boleh buat, aku pun boleh :)
Share on:


Assalamualaikum..

So, what is LOVE? 

Love is when you can't sleep without having prayed Ish'a, love is when you can't eat without saying Bismillah first, and love is when you say Alhamdulillah remembering all that Allah has blessed you with. 

The true love we all long for and strive to find our entire lives can only be found with Allah, learn to love and obey Him first and then you'll find someone worth loving for His sake.

Cause, wallahi if you don't love Him, there will always be that empty sadness in your life. So dedicate yourself for Allah and you will find the true meaning of Love.

"And He is the Forgiving, the Affectionate"(Quran 85:14)
Share on:
Assalamualaikum.

Zaman sekarang ni tak ramai kan yang dengar radio? Dan aku masih lagi termasuk dalam golongan yang tak ramai tu. Sampai sekarang aku masih lagi enjoy mendengar radio, walaupun tak kerap macam zaman sekolah menengah dulu. Kadang-kadang tu bukan kita taknak dengar tapi jadi meluat dengar. 

Dengan celoteh DJ nya yang ntah hapa-hapa, asyik lari tajuk, main lagu sama memanjang*kau tak bayar jangan harapla lagu kau akan dimainkan punya style* buat lawak tak lawak tapi gelak macam pontianak dan lagi satu yang paling berdesing telinga aku tiap kali bukak radio.....PRANK CALL.

Di laman sosial baru-baru ini hangat dengan pengakuan para pendengar yang meluahkan rasa kurang senang mereka dengan beberapa stesen radio tempatan yang kerap melakukan prank call ke atas orang lain yang dikatakan agak keterlaluan. 


Hal rumah tangga boleh dibuat prank ka?Konpius sungguh aku. 
Ini baru satu contoh. Sebenarnya banyak lagi yang aku dah dengar sendiri. Kebanyakannya memang tak kelakar, lebih kepada annoying ada la. Hal saham, hal persahabatan dan macam-macam lagi topik yang sememangnya tak sesuai dibuat prank macam ni, diorang buat. Apa ntah faedah dapat taktahu la. 

Kalau iya pun nak tiru cara Barat yang sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis prank untuk menghiburkan penonton atau pendengar, biarlah bersederhana. Atau lebih baik tak payah buat langsung. Nak ikut biarlah ikut benda baik, bukan benda buruk.

Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,

“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.” [1]

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:

Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”

Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. 

Kata Imam Ghazali,

“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela, sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” [2]

Harap stesen-stesen radio yang masih menggunakan prank call sebagai cara menarik pendengar, baca dan hayatilah. Ingat, berlawak, bergurau ada caranya, ada adabnya. Marilah kita sama-sama berubah untuk perubahan yang lebih baik bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga manusia sejagat.
Salam Sayang.
Share on:
Assalamualaikum.

Jam sudah hampir menunjukkan 1 pagi waktu tempatan. Seorang Zafirah masih lagi terkebil-kebil menghadap laptopnya sehinggalah dia terjumpa beberapa keping gambar yang menarik dan terdetik di hatinya, "Ha nak share lah dekat blog, mana tahu masih ada lagi yang tak tahu tentang ni?" *sorry terover merepek pulak*
Apapun, inilah dia 4 keping gambar tersebut. Gambar yang menunjukkan perbezaan antara adat dan agama atau lebih senang dipanggil Orang Kata vs Islam Kata. 






 

Renung-renungkanlah sahabatku semua. Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Nya. Amin Ya Rabb.

Ok, sekarang seorang Zafirah itu nak masuk tidur.
Salam Sayang.
Share on:
 

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Setelah dua hari bertarung dengan demam dan selsema, sekarang keadaan aku dah semakin baik. Bagi orang yang tersangat jarang dihinggapi penyakit seperti aku, demam kecil sebegini pun dah cukup membuatkan aku tak keruan, sedangkan takdela teruk mana pun. 
Sebenarnya aku agak nervous memandangkan Interview SPA aku berlangsung pada hari Ahad ini. Jadi, kalau demam acano tu nak pergi Johor Bharu yang jaraknya hampir tiga jam dari rumah tu? Haa acano tuuu? Udah la ini kali ketiga tau aku dipanggil untuk interview. Jadi, sudah tentu peluang ini tidak mungkin aku lepaskan dengan begitu mudah. Dapat atau tidak, itu lain cerita. Allah punya kuasa, Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Berbalik kepada topik, aku terdetik untuk menaip entry ini setelah mendengar dan melihat ramai anak-anak muda yang umur lebih kurang sebaya dengan aku yang begitu berjaya dalam kehidupan kerjayanya. Tidak seperti aku......
Jujur ada terdetik rasa cemburu di hati, rasa seperti aku ini hanyalah seorang manusia yang langsung tidak membawa apa-apa kebaikan kepada keluarga, agama, bangsa dan juga negaranya. Aku rasa tak berguna.

Tetapi, rasa cemburu itu semakin pudar apabila aku membaca Firman Allah SWT yang berbunyi

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An Nahl: 18).

Ya Allah. Betapa butanya aku dalam menyedari segala nikmat yang telah Kau berikan kepada aku selama aku hidup di muka bumi Mu. Aku terlalu sibuk mengira yang tiada berbanding menghargai yang ada. Aku lupa bahawa Allah itu Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. 

Sejak itu, aku terus berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik dalam segala pekerjaan yang aku lakukan tanpa membandingkan segala kekurangan dengan manusia ciptaanNya yang lain. 

Mungkin belum tiba lagi masanya untuk aku menyinar, mungkin apa yang aku harapkan tidak seperti mana yang Dia rancangkan. Bukan? Sekarang aku sudah mampu tersenyum melihat kejayaan mereka yang hebat-hebat itu. Bukannya aku tak hebat, sudah tentu aku hebat. Mungkin bukan hebat di dalam bidang mereka, tetapi di dalam bidang yang aku jalani sekarang. 

Aku percaya, sifat syukur itu salah satu rahsia untuk kita merasa tenang dan bahagia. Kadang kala aku terlupa bahawa bukan harta duniawi itu yang utama MashaAllah. Semoga aku terus menjadi seorang manusia yang tahu bersyukur. Amin Ya Rabb.

Salam Sayang.
Share on:

Assalamualaikum.

Korang semua ada tak satu habit yang tak bermula dari satu tahap dan sampai sekarang korang masih lagi buat sampai sekarang. Maksud aku habit yang takdelah diharamkan atau dilarang oleh mana-mana pihak. Cumanya habit itu adalah habit yang tak berapa manis dipandang gituw.

Aku ada. Banyak sebenarnya tapi cukuplah aku cerita dua daripadanya. Karang orang nak datang merisik terus tak jadi lepas baca entry ini hmm. *ini juga salah satu habit aku yang tak berapa nak elok, KUAT BERANGAN*



Aha. Berdasarkan gambar di atas ni apa yang korang dapat agak......?
Inilah dia habit yang aku pun tak tahu dari siapa aku warisi, dari siapa aku ikut, aku pun tahu. Sebab dalam family aku, memang aku seorang ja perangai macam ni.

Dulu emak selalu tegur, tak elok makan depan laptop macam tu. Tapi, aku masih begitu. Kering tekak, perut berkeroncong, mata terkedip-kedip mengantuk kalau tak ada sesuatu dalam mulut masa tengah menggunakan laptop huhu.

Ok yang kedua pula ialah......

Btw, gambar di atas ini bukan aku ya kawan-kawan. Mana la tahu kalau ada yang salah faham pulak nanti. Haa, daripada gambar ni, apa kesimpulan yang dapat korang buat? Habit menganga mulut 24 jam sehari? Habit gayakan style rambut macam kena renjatan elektrik? No no no.

Jawapannya adalah habit mendegar muzik dengan kuat. Bukan muzik sahaja, filem, rancangan TV, ceramah atau apa sahajalah dengan volume yang kuat. Sebab tu, dalam family aku, aku sorang sahaja dah ada 4 buah speaker.

Kalau pakai earphone atau headphone pun sama, volume dah hampir tahap maksimum. Adik beradik aku selalu perli.

" Pergh gegendang telinga hang besi ke apa?"

" Nak bagi satu dunia dengar sekali ke macam mana?"

Eleh jelez la tu. Tapi, aku akui habit ini tak bagus sebenarnya. Aku pun tengah slow-slow berubah. Alhamdulillah, sekarang ni makin okay cuma perlu perbaiki lagi. 

Ok lah, itu adalah dua contoh habit aku yang 'dipupuk' dari kecil lagi. 
Harapnya bukanlah aku sorang yang ada habit sebagaimana di atas huhuhu.
Bukan tak boleh berubah sebenarnya, BOLEH. Cuma semangat nak berubah tu masih belum cukup marak lagi. Apapun, sekarang aku tengah cuba jugak untuk berubah. InshaAllah pasti boleh.

Sampai di sini dahulu aku merepek meraban. Terima kasih sebab sudi baca. Korang THE BEST!
Share on:
Assalamualaikum.

Siapa di antara korang yang suka makan ais kacang? Sila angkat lubang hidung. Eh, makan ke minum sebenarnya.........Ok apapun, aku sebagai seorang peminat tegar Ais Kacang ABC 123 ni nak buat sikit appreciation entry kononnya untuk share dengan korang tentang PATBINGSU yang sangat digemari di Korea Selatan.

Mula-mula cakap pasal ais kacang, lepas tu Patbingsu pulak ish ish. Buat pengetahuan korang *yang dah tahu tu sila buat buat tak tahu sekejap eh mmuah* Patbingsu dan ais kacang sama saja sebenarnya, cuma bezanya Patbingsu punya pilihan topping lebih banyak berbanding ais kacang. Al maklumlah kita semua ni berpegang pada adat. Kalau itu ja bahan untuk ais kacang, maka itulah. Kalau tambah bukan-bukan, bukan namanya ais kacang dah tu.

Meh aku tunjuk sikit gambar-gambar Patbingsu dengan korang. Kita kasi teaser sikit, gituwww. Bagi yang nak cuba Patbingsu, korang tak payah susah-susah terbang ke Korea nun, di ioi City Mall dan bermacam tempat di Kuala Lumpur/Selangor pun ada. Apa susah, google ada.

Patbingsu Kacang Merah


Patbingsu Manga
Patbingsu Buahan Campuran
Patbingsu Green Tea
Patbingsu Berry
Uit, ada yang dah terliur ke tu hihi. Antara semua flavor di atas, yang mana korang pernah makan?Yang mana korang teringin nak makan? Share la dengan aku. Kalau aku la kan *walaupun korang tak tanya* aku teringin sangat nak makan patbingsu flavor kacang merah dan mangga. Kegemaran wehhh. 

Di Batu Pahat sayangnya tak ada mana-mana cafe yang menjual Patbingsu :( Kalau satu hari nanti aku ada rezeki makan Patbingsu ni, aku akan share di blog ini InshaAllah. 

Apapun, ais kacang tetap nombor 1 di hati eden *dan dan*
Tata. Salam Sayang.
Share on:





 Assalamualaikum.

Pernah tak korang dengar kisah tentang Tahap Keikhlasan? Aku pun sebenarnya baru sahaja mendengar kisah ini dari rancangan Al-Kulliyah, TV3. Lepas tu aku pun terus melakukan research sedikit di internet untuk mengetahui dengan lebih detail. Belek punya belek, terjumpa satu entry yang menjelaskan tentang ini dengan lebih detail lagi.

Cuba ikuti perbualan di bawah ini :


Ali : Ustaz Don cakap, menurut Imam Ghazali, ikhlas itu ada tiga iaitu tahap seorang hamba, tahap seorang pedagang dan tahap seorang kekasih. Kalau tahap seorang hamba ini, apabila kita buat sesuatu, itu kerana kita takut tuan kita marah.

Awang : Ooo, jadi selama ini aku sembahyang sebab takut kena seksa dekat akhirat nanti, kira ikhlaslah ya?

Ali : Yup betullah tu. Kau ada tanya tadi, kalau kita buat ibadah sebab nak dapat pahala, itu termasuk dalam tahap yang kedua, tahap seorang pedagang. Kita buat sesuatu untuk mendapatkan ganjaran. Jadi, tak ada masalahlah kalau kau solat sebab nak dapat pahala. Itu pun dah dikira ikhlas.

Awang : Ooo...Tahap ketiga pulak?

Ali : Kalau tahap ketiga, tahap ikhlas yang paling tinggi, sebab kita buat atas dasar sebagai seorang kekasih. Kita buat ibadah sebab kita cinta akan Allah, sebab kita sayang hubungan kita dengan Allah.

Awang : Ok. Aku dah faham. Hebatnya kau, rilek saja cerita tentang benda-benda camni.

Ali : Taklah, aku pun kebetulan hari itu aku tengok TV al-Hijrah saja. Kalau tak, jangan haraplah boleh jawab. Dah. Dah. Pergi buat homework kau tu, esok kalau kena marah sebab tak siap jangan nak mengadu dekat aku.

Awang : Baik bos. (sengih)

"Tinggalkan amal kerana manusia adalah riya',
buat amal kerana manusia adalah syirik,
tinggalkan kedua-duanya adalah ikhlas." (Fudhail bin Iyadh)


Haaaa. Sekarang dah faham? Agaknya kita berada di tahap yang mana ya? Tepuk hati, tanya diri sendiri. Sifat ikhlas ini boleh dibentuk dan dipupuk, asalkan ada usaha dan doa. InshaAllah, sifat ikhlas itu akan lahir dengan sendirinya dan menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Moga segala ibadah dan amal jariah kita diterima oleh Yang Maha Kuasa, Allah SWT. 

credit :
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/4273-3-tahap-ikhlas.html
Share on:




Assalamualaikum.
Pernah tak korang semua menonton rancangan TV dari Korea? Contohnya Running Man, Infinity Challenge, 2Days1Night dan macam-macam lagi. Kalau nak di'list' kan show yang Fira pernah tengok. Memang banyak.

Tengok punya tengok, tiba-tiba Fira jadi excited bila Invincible Youth menjemput Uzuman sebagai tetamu undangan untuk satu episode dalam rancangan tersebut. Apa yang menariknya Uzuman adalah seorang student yang berasal dari Pakistan dan sudah tentulah merupakan seorang ISLAM.

Dah la recording episode itu di dalam bulan Ramadan. Rancangan ini bukan yang duduk satu tempat lepas tu talk itu talk ini, tapi lebih kepada perlumbaan dan permainan. Walau bagaimanapun, Uzuman rileks. Dia siap terangkan lagi tanggungjawab sebagai seorang Muslim kepada semua watak dalam rancangan tu. Of course, semua tercengang. First time diorang dengar.

Apabila tibanya waktu solat, Uzuman meminta izin untuk solat sebentar walaupun diorang semua tengah rush dalam perlumbaan untuk menang. 
Begitu juga keadaannya apabila Yewon, salah seorang penyanyi terkenal Korea bertanya sebab Uzuman mengelak apabila dipeluk wanita. Uzuman seperti biasa menjelaskan serba sedikit peraturan Islam kepada mereka semua.

1. 



2.





Part yang paling best selepas itu adalah pelakon, penyanyi, dan juga pelawak Korea yang terlibat dalam rancangan tu semua menghormati dan kagum dengan Uzuman, begitu juga dengan Islam itu sendiri. 

Bagus kan Uzuman ni? Macam ini la contoh seorang Muslim yang membawa diri di negara asing (yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama) dengan baik :)

Semoga saudara-saudari kita yang sedang belajar atau kerja di negara orang dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam masa yang sama menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang Muslim dengan baik.
 Jangan jadikan tempat dan budaya sebagai halangan. Kalau Uzuman boleh, begitu juga anda.


Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua. Amin Ya Rabb.
Share on:
  • Next Post →
  • "After all, you've got to start somewhere, even if you make mistakes along the way"
  • Excuse my 'rojak' language, I write nonsense a lot and I love people a lot
140x140

TheZofiroh

Founder of the website

Instagram

Followers

History

  • ►  2018 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  October (6)
    • ►  August (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2016 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (9)
    • ►  July (5)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ▼  April (9)
      • Review Filem : Forrest Gump (1994)
      • Definition of LOVE
      • Prank Call. Perlukah?
      • Orang Kata Vs Islam Kata
      • Syukur Ya Allah
      • Tak Manis La
      • Penah Makan Patbingsu?
      • Tahap Ikhlas
      • Cara Uzuman bawa diri di Korea

Message?

Shoutbox: Free shoutbox for website or blog
Shoutbox Tutorials: How to get a shoutbox
Guestbook: Get a free guestbook for your website
YouTuber Jessica Clements: Ngai Chun Cheung about his crush on Jessica Clements
Model Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is reasoning Jessica Clements
Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is dissecting his obsession with Jessica Clements
Thousand Origami Cranes: Leaving a trail of thousand origami cranes by Ngai Chun Cheung
Hong Kong Origami: Origami Cranes in Hong Kong by Ngai Chun Cheung
Ngai Chun Cheung

This blog is to provide you with daily outfit ideas and share my personal style. This is a super clean and elegant WordPress theme for every bloggers. Theme is perfect for sharing all sorts of media online. Photos, videos, quotes, links... etc.

The Zofiroh Journal

  • Home
Powered by Blogger.
Created By SoraTemplates | Distributed By MyBloggerThemes