Penah Makan Patbingsu?

Assalamualaikum.

Siapa di antara korang yang suka makan ais kacang? Sila angkat lubang hidung. Eh, makan ke minum sebenarnya.........Ok apapun, aku sebagai seorang peminat tegar Ais Kacang ABC 123 ni nak buat sikit appreciation entry kononnya untuk share dengan korang tentang PATBINGSU yang sangat digemari di Korea Selatan.

Mula-mula cakap pasal ais kacang, lepas tu Patbingsu pulak ish ish. Buat pengetahuan korang *yang dah tahu tu sila buat buat tak tahu sekejap eh mmuah* Patbingsu dan ais kacang sama saja sebenarnya, cuma bezanya Patbingsu punya pilihan topping lebih banyak berbanding ais kacang. Al maklumlah kita semua ni berpegang pada adat. Kalau itu ja bahan untuk ais kacang, maka itulah. Kalau tambah bukan-bukan, bukan namanya ais kacang dah tu.

Meh aku tunjuk sikit gambar-gambar Patbingsu dengan korang. Kita kasi teaser sikit, gituwww. Bagi yang nak cuba Patbingsu, korang tak payah susah-susah terbang ke Korea nun, di ioi City Mall dan bermacam tempat di Kuala Lumpur/Selangor pun ada. Apa susah, google ada.

Patbingsu Kacang Merah


Patbingsu Manga
Patbingsu Buahan Campuran
Patbingsu Green Tea
Patbingsu Berry
Uit, ada yang dah terliur ke tu hihi. Antara semua flavor di atas, yang mana korang pernah makan?Yang mana korang teringin nak makan? Share la dengan aku. Kalau aku la kan *walaupun korang tak tanya* aku teringin sangat nak makan patbingsu flavor kacang merah dan mangga. Kegemaran wehhh. 

Di Batu Pahat sayangnya tak ada mana-mana cafe yang menjual Patbingsu :( Kalau satu hari nanti aku ada rezeki makan Patbingsu ni, aku akan share di blog ini InshaAllah. 

Apapun, ais kacang tetap nombor 1 di hati eden *dan dan*
Tata. Salam Sayang.

Comments

  1. peh...macam sedap je ais kacang ni..eh patbingsu ni.. lagi2 yg buah2 campuran & mangga tu...hehe... setakat ni tak pernah lagi makan makanan moden camni. baru pernah mkn ais kacang & ais jelly je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kite pun tak pernah makan lagi, cuma mampu tengok gambaq ja T.T

      Delete
  2. Betul...kak PC pun suka ABC ni...biasanya mintak kacang merah dengan susu lebih..hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sama la kita, yay high 5 sikit :)

      Delete
  3. bingsu green tea dgn berry tu nampak tempting sungguh! T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn walaupun kite tak suka green tea, tengok gambar patbingsu tu terus rasa macam suka xD

      Delete
  4. Assalamualaikum. Kat manaaa ni awakkkkkkkk >< Kita teringin patbingsu mangga tu awakkkk , mangga feverettt :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. di ioi city mall ada awak, tapi kite tak pernah pergi sobsss, kannnn mango is my fav too !!! ><

      Delete
  5. ais kacang lokal selalu laaaa haha tapi dat patbingsus look soooo good *drools*

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kite awakkkk,nah tisu, hihi

      Delete
  6. belum pernah rasa
    ABC biasa lah.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ABC tu dah macam dessert orang Melayu haha

      Delete
  7. waahh... sedap kowt patbingsu ni... sebab lebih byk toping. lagi2 eskim tu.. i likeee :D

    ReplyDelete
  8. Huisss musim-musim panas ni sedap ohh pekena ABC...

    ReplyDelete
  9. first time saya makan dekat phnom penh...waktu tu pat bingsu masih belum lagi popular dekat malaysia...memang sedap laaaaaa teringin nak makan lagi huhuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh