Review Filem : Sing (2016)


Assalamualaikum.

Bila dah masuk penghujung tahun memang bersepah filem-filem animasi dihasilkan dan ditebitkan kepada penonton. Antaranya termasuklah filem yang aku baru sahaja tonton di panggung wayang sebentar tadi keluaran Illumination, filem Sing. Tengok tajuk dan poster pun dah boleh agak kan filem ini tentang apa. Ya, filem ini tentang nyanyian atau lebih dikenali sebagai muzikal.

Menggunakan pelakon-pelakon berbakat besar sebagai suara latar beserta pilihan-pilihan lagu terbaik sepanjang zaman, memang tak rugi korang tengok filem ni. Mula-mula aku ingat filem ni mungkin akan membuatkan aku rasa bosan dengan nyanyian ja sepanjang masa, tetapi syukur sangkaan aku meleset. Duduk dalam pawagam tu rasa macam bukan tengok sebuah filem animasi semata-mata, tetapi rasa macam tengah tengok muzikal di panggung teater! Bila performance habis, ada ja antara kami yang tepuk tangan. Haha. Memang hayati sungguh.

Berunsurkan kasih sayang, usaha dan semangat juang yang kuat, filem ini membuka mata aku untuk terus berusaha dan berusaha dalam menjayakan apa yang aku suka. Banyak kata-kata hikmah yang korang boleh perolehi untuk semat di dalam minda dan hati korang selepas menonton filem ini. Memang aku sangat rekomen kepada korang terutamanya bagi peminat filem animasi. Sing sesuai ditonton oleh setiap peringkat umur tau. Jadi, apa tunggu lagi. Bawak adik abang kakak korang ke pawagam sekarang 😀

Comments

  1. Memang ada gak plan nak tgk ni. dgr byk lagu2 femes dlm tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Review Filem : Train To Busan (2016)

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh