Wishlist 2016 Yang Telah Tertunai



Assalamualaikum,

Memandangkan 2016 sudah hendak melabuhkan tirainya, di bawah ini aku nak ceritakan sedikit sebanyak wishlist aku yang tertunai pada tahun ini. Bila 2017 rasa macam susah sangat nak go on, bila baca ini aku harap aku akan lebih rasa bersemangat nak achieve semua wishlist yang belum dapat ditunaikan lagi tu. Fighting! Saja aku taip awal sebab takut penghujung tahun ni akan lebih sibuk.

(btw agak kemalasan nak selit gambo sekali, sedang taip dengan rushing ni huhuhu)
 
Januari : Dapat special getaway di Melaka selama 2 hari 1 malam with my bff, yasmin setelah hampir setahun tak berjumpa. Sekarang dia sambung belajar degree dan aku masih lagi di dalam alam pekerjaan. Pada bulan September kami ada juga buat reunion jumpa makan-makan, tengok wayang segala tapi cuma sehari sahaja lah. Entah bila lagi nak buat reunion lagi kan. Tapi tak apa, pertemuan itu di tangan Allah SWT. Semoga dapat reunion lagi next year.

Februari : Dapat hadiah handphone baru yay. Setelah berkurun menggunakan handphone yang sama akhirnyaaa mak dan ayah belikan aku handphone baru walaupun aku tak minta pun. Aku baru ingat nak beli handphone baru next month bila dapat gaji, tup tup mak ayah datang tempat kerja siap bawa handphone baru. Kawan-kawan semua pakat usik. Wuuuuuu handphone baru tuuuu. Terima kasih mak ayah!!!

April-Julai : Dapat travel solo ke beberapa tempat dengan menaiki bas dan kereta api semasa kerja di Utara. Walaupun ada beberapa tempat lagi dalam wishlist tak sempat nak dikunjungi, tetapi Alhamdulillah dijaga oleh Allah SWT sepanjang perjalanan.

Ogos : Dapat berkumpul bersama-sama keluarga di Perak. Selain pergi ke rumah sanak saudara, aku juga bawa adik-adik keliling Taiping menaiki Bas Warisan dengan harga RM1 sahaja seorang. Aku juga bawa diorang ke Zoo Taiping. Al-maklumlah yang kecik-kecik tu semua membesar di Johor, tak sempat nak merasa ke'awesome'man zoo Taiping ni. Bila dah kerja salah satunya inilah benefitnya, dapat belanja family sendiri. Alhamdulillah. Lagi satu, aku dapat beli laptop baru setelah 5 tahun menggunakan laptop yang sama. Dah nazak sangat dah laptop lama tu, nak tak nak terpaksa juga ucapkan selamat tinggal. Sobbs.

September : Dapat kerja dekat dengan rumah. Sebelum ni aku dihantar pihak pengurusan untuk berkhidmat  di Utara sedangkan rumah di Johor. Alhamdulillah berpeluang juga akhirnya kerja dekat dengan rumah. Dapat tengok muka keluarga sebelum dan selepas balik kerja. Dapat bawa bekal air tangan mak ke tempat kerja. Dan macam-macam benefit lagi dapat bila kerja dekat dengan rumah ni. Dah la aku ni cry baby. Sekolah menegah tiga tahun duduk asrama, masa diploma pun tiga tahun belajar jauh dari rumah. Bila kerja pun kena jauh rasa ralat sikit. Akhirnyaaaa. Alhamdulillah.

Oktober : Dapat kereta sendiri. Walaupun bukan first hand, sekurangnya nak pergi balik kerja, nak bawak adik-adik jalan-jalan, nak shopping sana sini tak perlu dah menyusahkan mak ayah atau naik bas. Kereta Viva sahaja pun, tetapi Alhamdulillah.
  
Disember : Dapat pergi Big Bad Wolf. Sebelum tu aku nak tekankan bagi yang tak tahu bahawa BBW dan Pesta Buku Antarabangsa lain ya. PBA aku tak berapa minat sangat nak pergi tetapi BBW aku dah lamaaaa teringin sangat nak pergi sejak zaman belajar lagi tapi duit tak ada. Bila dah kerja ni baru berpeluang pergi ke sana. Alhamdulillah. Nak tahu lebih lanjut boleh baca entri aku di sini ----->  BIG BAD WOLF

Itulah dia antara pencapaian aku sepanjang 2016 ini. Tak banyak tetapi aku tetap bersyukur dipanjangkan umur olehNya dan diberikan peluang untuk merasai semua nikmat-nikmat tersebut. Boleh dikatakan 70% jugak la wishlist aku untuk tahun ini tertunai, yang belum tertunai lagi tu tak perlu lah aku ceritakan di sini, bila dah tertunai baru aku cerita InshaAllah. Semoga tahun 2017 akan lebih bersinar buat aku dan keluarga juga buat sahabat-sahabatku kalian semua. Belum lagi masuk 2017 tapi aku still nak wish, SELAMAT TINGGAL 2016, THANKS 4 THE MEMORIES 💓

Comments

  1. Bestnya bila banyak wishlist yang tertunai :)

    ReplyDelete
  2. BBW masih tak berjaya pergi.. Harapnya tahun nie dapatlah jejak kaki.. Huhuhu.. Semoga segala wishlist untuk 2017 akan tercapai juga..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Review Filem : Train To Busan (2016)

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh