Assalamualaikum,
Okay memandangkan tengah ada mood baik ni, baik aku sambung menaip tentang backpacking solo aku ke Ipoh baru-baru ini. Destinasi pertama aku ketika sampai di Ipoh adalah Stesen Keretapi Tanah Melayu Ipoh yang telah aku ceritakan di entry sebelum ini, seterusnya aku berjalan kaki dari situ ke tempat yang tidak kurang terkenal di Ipoh iaitu Plan B.
Bak kata pepatah, " Jangan risau kalau Plan A tak berhasil, Plan B kan ada"
Jarak dari stesen keretapi Ipoh ke Plan B ambil masa lebih kurang 5-7 minit kalau korang berjalan kaki. Tak jauh mana pun. Sambil berjalan korang boleh singgah melihat JWW Birch Memorial Clock Tower, residen British pertama di Perak.
Tengah sibuk snap gambar terkejut aku apabila tiba2 jam ni berbunyi kuat. Pukul 10 a.m tepat rupanya. |
Ok, sambung balik perjalanan, akhirnya sampai jugak aku di Plan B. Tempat di mana terletaknya banyak cafe menarik, hotel unik, galeri Yasmin Ahmad dan sudah tentunya dekorasi yang antik lagi cantik.
Sayangnya masa aku datang tu galeri Yasmin Ahmad tutup sobss. Apapun aku cukup puas hati dengan tempat ni. Berbaloi datang jauh ke sini hihi. Yang paling penting aku sempat makan di dua buah Cafe yang sangat superb, Cafe apa? Nanti aku cerita di entry seterusnya.
Taknak cakap banyak, biar gambar pulak berbicara.
Kalau nampak perkataan ni, yay Tahniah korang dah sampai! |
Pelbagai cenderamata dan barang antik di sini. |
Nampak macam bangunan lama kan?Tetapi sebelah pintu kanan dan kiri aku ni adalah butik pakaian manakala di sebalik dinding depan aku ni adalah Sekeping Kong Heng, hotel legend. |
Alang-alang singgah sini, jangan lupa rasa ais kepal ni, murah sahaja, cuma RM4, selain ais kepal, banyak lagi makanan dan minuman yang unik di sini. Oh ya padlock memorial pun ada di sini tau, walaupun tak sebesar di Bukit Bendera.
Banyak lagi aku nak tunjuk dekat korang, ini cuma 1/5 sahaja tau. Datang sini dulu dan rasai sendiri apa rasanya berada di Plan B, Ipoh ini. Di sambungan seterusnya aku akan review dua buah cafe yang telah aku pergi di Plan B. Sampai di sini dulu, tata.
Teringin nak bercuti di ipoh. Ipoh yang terkenal dengan tempat hipster =D
ReplyDeleteOkay. Nanti awak cerita pasal dua kafe yang awak pergi tu ye..
I orang Perak pun tk pergi pergi lagi HAHAHAH
ReplyDeletecantik-cantik jugak ye tempat2 kat sini. xpena berpeluang nak backpack sini, lalu naik kete gitu2 je pena la. kiki =D
ReplyDeleteMenariknya.. Nape tak pernah jumpa ye..
ReplyDelete