The Zofiroh Journal

CATEGORY >


Assalamualaikum.

Esok Olimpik Rio 2016 bakal melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, pada temasya Olimpik kali ini, para atlet kita berjaya mengutip sebanyak 5 buah pingat iaitu 4 buah pingat Perak dan sebuah pingat Gangsa.

Pencapaian ini merupakan  yang terbaik oleh negara kita sepanjang beraksi di pentas Olimpik sejak 60-an dahulu. Melihat hero dan heroin negara kita bertarung habis-habisan untuk menjulang nama Malaysia di mata dunia sudah cukup membuatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya bangga sekali.

Terima kasih buat para atlet yang berjaya membawa pulang pingat dari Olimpik Rio kali ini iaitu, Datuk Lee Chong Wei, Chan Peng Soon & Goh Liu Ying, Pandelela Rinong & Cheong Jun Hoong, Tan Wee Kiong & Goh V Shem, Azizulhasni Awang. Mereka ini aset-aset yang membuktikan bahawa Malaysia Boleh!!!

Walaupun Datuk Lee Chong Wei tidak akan beraksi di Olimpik Tokyo 2020, tetapi harapan kita buat atlet Malaysia untuk melakar lagi sejarah yang lebih hebat di pentas Olimpik tetap mekar. Selamat Tinggal Rio 2016, jumpa lagi di Tokyo 2020.
Share on:


 
Assalamualaikum.

Dah lama rasanya aku tak review filem, dan akhirnya I'M BACK.
Kali ni aku nak review sebuah filem yang agak lama la jugak tapi tak pernah rasa lama walaupun tengok berulang kali. Inilah dia filem Groundhog Day.

Filem bergenre komedi fantasi ini berkisar tentang seorang reporter cuaca yang diberikan tugas untuk melaporkan satu festival iaitu Groundhog Day di Punxsutawney, dan suatu yang pelik terjadi kepada dirinya dimana dia terperangkap di dalam hari yang sama setiap hari !!!

Bayangkan, setiap kali dia bangun pada pukul 6 pagi, semua perkara yang berlaku pada Groundhog Day berulang lagi, begitu juga pada hari seterusnya. Pendek kata tiada esok bagi dia, setiap hari adalah 2 Februari.

Filem ini mengajar kita untuk lebih menghargai diri sendiri dan mereka yang berada di sekeliling kita sementara kita masih mampu. Begitu juga dengan pengajaran untuk kita supaya sentiasa lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh kerana peluang yang sama mungkin tidak akan berulang lagi.

Berunsur komedi dan fantasi, diselitkan juga unsur romantik, filem ni sesuai sangat untuk menontonnya dengan keluarga dan kawan-kawan, gerenti terhibur punya. Filem ini turut mendapat rating yang tinggi di iMDB dan Rotten Tomato. Bagi yang belum tengok, masukkan filem ini dalam list korang okay. Sampai di sini dahulu, tata.

Di bawah ini aku tinggalkan korang dengan trailer filem Groundhog Day. Enjoy.


Share on:

Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan  kepada dua pasangan beregu Malaysia (beregu lelaki & beregu campuran) yang berjaya menempah tiket ke pentas akhir Olympic Rio 2016. Apa yang paling menarik perhatian, kedua-dua pasangan kita berjaya menumpaskan pasukan China untuk mara ke peringkat akhir.

Ini merupakan kali pertama pasangan beregu negara kita berjaya ke peringkat akhir. Wahhhhh. Manakala bagi pasangan beregu lelaki ini merupakan kali pertama Malaysia berjaya mara ke peringkat akhir selepas 20 tahun yang lalu.

Tiada kata yang mampu diungkapkan selain Tahniah dan Terima Kasih buat kalian berempat dan mereka yang mendidik dan support kalian dari belakang dan depan. Semoga emas Olimpik pertama dapat menjadi hadiah ulung buat Malaysia, jika Perak sekalipun, kami tetap berbangga dengan kalian, dengan anak Malaysia. Sesungguhnya Malaysia Boleh.

Jangan lupa saksikan pasangan beregu campuran kita berentap esok, pada 17 Ogos 2016 dan pasangan beregu lelaki kita pula pada 19 Ogos 2016. Dan tidak lupa kepada Datuk Lee Chong Wei yang bakal berentap di peringkat suku akhir esok. Semoga berjaya. Majulah Sukan Untuk Negara.





Share on:

Assalamualaikum.

Sebagai seorang peminat buah kelapa, aku dah lama mengidam nak merasa sangkaya ni. Tapi sayang, berdekatan tempat aku memang tak ada. Bila selidik punya selidik, aku dapat tahu memang ciput ja cafe yang ada menjual Sangkaya ni. Di belah utara, cumaa di Ipoh Parade sahaja terdapat Sangkaya ni. Jadi, alang-alang aku dah travel Ipoh, aku pun memulakan pencarian aku memburu Sangkaya ni.

Lenguh kaki tawaf Ipoh Parade ni. Besar benau.


Sampai pun akhirnya.

Keadaan dalam cafe. Cantiknyaaaa.
Masa aku datang tu, customer sorang pun takdak. Al-maklumlah baru pukul 10 pagi. Siapa ja kan yang makan ais krim pukul 10 pagi huhuhu. Anyway, bila tengok menu, aku pun tanya kakak di kaunter tu yang mana paling popular, jadi dia recommend kan aku Sangkaya 4 scope di dalam tempurung kelapa dimana korang boleh pilih 4 jenis ais krim yang korang nak, plus 3 topping pilihan korang. Di bawah ais krim tu ada kelapa tau. Memang heaven la buat peminat kelapa macam aku. Dan asatu lagi, ais krim kelapa dia sedapppppppp sangat. Harganya RM 10.50 termasuk GST. Bukan nak kata apa lah, Baskin Robin, Tutti Frutti, dan macam-macam lagi branded ais krim aku dah rasa,tapi tak kena dengan citarasa aku. Sangkaya lain pulak ceritanya. Puas hati makan. 

Tak rugi cuba. Memang Sedap!
Sampai sini dahulu, jumpa lagi di entry seterusnya, tata.
Share on:


Assalamualaikum.

PART 1 : Stesen Keretapi Ipoh
PART 2 : Plan B

Okay mari kita teruskan pengembaraan seorang Zafirah di Ipoh baru-baru ini. Setelah puas ronda sekeliling Plan B, aku pun decide nak makan walaupun jam baru menunjukkan pukul 11 a.m . Tak silap aku dalam area-area Plan B ni jugak ada dalam 5-6 cafe yang unik. Kalau jalan sikit, ada berderet lagi cafe yang menarik. Disebabkan aku kejar masa dan paling penting perut aku tak cukup luas nak sumbat pelbagai jenis makanan dalam satu masa. Jadi aku telah memilih dua cafe ini setelah baca review nya di google.

1. Burps And Giggles




Makanan yang aku order adalah Pasta Creamy Mushy Goodness yang berharga RM19 dengan Jus Epal yang berharga RM8. Memang sedap sungguh. Banyak lagi makanan menarik seperti burger yang pelbagai jenis, pasta yang beraneka dan begitu juga dessert yang menarik.

Cantik kan decoration dalam kedai ni. Kombinasi antara tradisional dan western masuk sangat. Masa aku datang kedai ni baru bukak jadi tak ramai sangat. Pukul 3 lebih aku lalu sini memang FULL HOUSE sampai ramai yang beratur kat luar tunggu giliran nam masuk. Fuhh.

Nak tahu dengan lebih lanjut? Kunjungi laman facebook mereka :
- Burps & Giggles -

2. Patisserie Boutique Cafe




Dalam pukul 4 petang aku singgah makan di Patisserie Boutique Cafe pulak yang terletak sebaris jugak dengan Burps & Giggles yang aku singgah pagi tadi. Masa aku datang ni kebetulan ja ada satu meja kosong, Alhamdulillah.

Aku order Pasta (sorry aku memang pencinta spaghetti dan pasta hehew) Salmon dan apa ntah nama dia roti crust bakar bertoppingkan hirisan daging dan telur mata dan juga manisan iaitu kek moist chocolate nut lava. 

Berbanding cafe sebelum ni, harga sini mahal la jugak. Pasta sahaja dah RM22. Tapi, berbaloi. Memang sedap. Tak sampai 5 minit licin pinggan aku weh haha. Kek Moist diorang pun sedap. Banyak lagi kek-kek yang ada. Tapi, masa aku datang tinggal dua jenis sahaja sebab dah habis.  Servis di sini memang A+. Waiter semua peramah, cafe bersih, tandas pun bersih dan wangi. Macam dekat Paris pulak bila masuk sini wuu.

Nak tahu lebih lagi?Jangan segan-segan singgah di akaun Facebook mereka :
Patisserie Boutique

Okay sampai di sini dahulu review aku tentang dua buah cafe hipster yang terletak berhampiran Plan B di Ipoh, Perak. Jumpa lagi di entry yang seterusnya. Aku akan ceritakan pengembaraan aku mencari Art Wall Street di sekeliling Ipoh Oldtown. Sampai di sini dahulu. Tata.
Share on:

Assalamualaikum,

Okay memandangkan tengah ada mood baik ni, baik aku sambung menaip tentang backpacking solo aku ke Ipoh baru-baru ini. Destinasi pertama aku ketika sampai di Ipoh adalah Stesen Keretapi Tanah Melayu Ipoh yang telah aku ceritakan di entry sebelum ini, seterusnya aku berjalan kaki dari situ ke tempat yang tidak kurang terkenal di Ipoh iaitu Plan B.

Bak kata pepatah, " Jangan risau kalau Plan A tak berhasil, Plan B kan ada" 

Jarak dari stesen keretapi Ipoh ke Plan B ambil masa lebih kurang 5-7 minit kalau korang berjalan kaki. Tak jauh mana pun. Sambil berjalan korang boleh singgah melihat JWW Birch Memorial Clock Tower, residen British pertama di Perak.

Tengah sibuk snap gambar terkejut aku apabila tiba2 jam ni berbunyi kuat. Pukul 10 a.m tepat rupanya.

Ok, sambung balik perjalanan, akhirnya sampai jugak aku di Plan B. Tempat di mana terletaknya banyak cafe menarik, hotel unik, galeri Yasmin Ahmad dan sudah tentunya dekorasi yang antik lagi cantik. 

Sayangnya masa aku datang tu galeri Yasmin Ahmad tutup sobss. Apapun aku cukup puas hati dengan tempat ni. Berbaloi datang jauh ke sini hihi. Yang paling penting aku sempat makan di dua buah Cafe yang sangat superb, Cafe apa? Nanti aku cerita di entry seterusnya. 

Taknak cakap banyak, biar gambar pulak berbicara.

Kalau nampak perkataan ni, yay Tahniah korang dah sampai!

Pelbagai cenderamata dan barang antik di sini.


Nampak macam bangunan lama kan?Tetapi sebelah pintu kanan dan kiri aku ni adalah butik pakaian manakala di sebalik dinding depan aku ni adalah Sekeping Kong Heng, hotel legend.


 Alang-alang singgah sini, jangan lupa rasa ais kepal ni, murah sahaja, cuma RM4, selain ais kepal, banyak lagi makanan dan minuman yang unik di sini. Oh ya padlock memorial pun ada di sini tau, walaupun tak sebesar di Bukit Bendera. 

Banyak lagi aku nak tunjuk dekat korang, ini cuma 1/5 sahaja tau. Datang sini dulu dan rasai sendiri apa rasanya berada di Plan B, Ipoh ini. Di sambungan seterusnya aku akan review dua buah cafe yang telah aku pergi di Plan B. Sampai di sini dulu, tata.
Share on:

Assalamualaikum.

Sabtu lalu aku telah singgah di Ipoh, Perak dan semestinya tempat pertama yang aku pilih untuk menjejakkan kaki adalah Stesen Keretapi Ipoh. Banyak kali dah aku baca review dari orang ramai mengatakan betapa lawanya bangunan tersebut. Sampaikan Stesen KTM Ipoh ini dijadikan salah satu tarikan pelancong ke Ipoh secara rasmi. 

Selain keunikan bangunnya yang seakan-akan Taj Mahal, stesen ini juga popular kerana dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bunga tempatan yang menyerlahkan lagi keindahan Stesen KTM Ipoh ini. Di hadapan tanah lapang stesen ini terdapat tugu perang dan juga pokok Ipoh yang sangat terkenal dengan getahnya yang boleh dibuat racun untuk sumpit pada suatu masa dahulu.

Dari stesen bas Medan Kidd aku terus menuju ke Stesen KTM Ipoh dengan hanya berjalan kaki. Tak jauh pun, hanya mengambil lebih kurang 5 minit sahaja. Sambil berjalan korang akan nampak Dewan Bandaraya Ipoh dan Balai Polis Ipoh yang turut menyerlah dengan keunikan bangunnya yang antik dan menarik. 

Ok taknak cakap banyak, biarlah gambar pula berbicara.

Dari seberang jalan aku dah tersenyum melihat bangunan ini
Yay dah sampai!!!! Kan aku dah cakap. Cantik.
Antara taman bunga mini di sekeliling
amboi buat wedding photoshoot dekat sini pun cun
Inilah dia Pokok Ipoh yang terkenal tu
Aku ada jugak masuk dalam stesen keretapi ini cuma tak berpeluang nak tangkap gambar. Tak apa, lain  kali ada kan. Dan mungkin kali ini aku akan naik keretapi untuk ke sini pulak suatu hari nanti, InshaAllah. 

Sampai di sini dahulu. Tunggu Part 2 pula yang akan menyusul nanti. Dan kali ini kita ke mana? Kita ke Plan B :)
Share on:
 
Assalamualaikum.

Baru-baru ini aku telah backpacking solo ke Ipoh dan Taiping, Perak selama 2 hari 1 malam. Jadi di sini aku nak share sedikit tip tentang barang-barang yang WAJIB korang bawak di dalam beg korang untuk memastikan backpacking korang berjalan dengan lancar. Kan tak best kalau syok tengah travel, aiseh, terlupa bawak itu ini, tak pasal-pasal kena beli baru sedangkan korang boleh je bawak dari rumah. So here we go!

1. Ubat gigi/ Berus gigi/ Tuala
- Kalau korang nak travel bajet, better bawak ubat gigi dan berus gigi korang sendiri sebab selalunya hotel murah atau motel tak menyediakan semua ni. Ubat gigi tu jangan la bawak yang gedabak besar punya takut masa tengah travel korang atau orang lain terduduk atau terhimpit beg korang, ha pandai-pandai la imagine ya. Begitu juga dengan syampu. Kalau sehari dua sahaja travel tak perlu la bawa. Kalau nak bawa pun, bawa dalam bekas/paket kecil sudah memadai. Jimat ruang.

2. Powerbank.
- Ini sangat penting terutamanya bagi yang handphone dia sangat cepat makan bateri *iphone uhuks* Aku tak bawak pun tiap kali travel ke mana-mana sebab selalunya handphone aku kalau cas 100% waktu pagi, Alhamdulillah boleh bertahan sampai ke malam. Aku sarankan korang bawak lah in case masa ada emergency, bateri pulak tinggal ciput. Al-maklumlah masa travel, nak ambil gambar lagi, nak cari location lagi, nak booking hotel/restoran lagi, nak update dekat instagram lagi- Eh?-

3. Air Mineral
- Masa nak gerak pastikan ada 1 atau 2 botol air mineral dalam beg korang. Elakkan bawak air manis sebab tenaga korang akan lebih menurun, dan kalau tertumpah dalam beg uish naya weh. Bila 1 botol habis, pergi beli lagi 1 sebelum gerak ke mana-mana lokasi. Takut perjalanan yang panjang selepas itu menghalang korang untuk membeli air masak.

4. Buku Nota / Pen
- Selalunya tujuan kita travel bukan semata-mata untuk melancong tetapi mengembara. Buku nota tak kisahla dalam bagaimana bentuk sekalipun boleh digunakan untuk merekod  travelog korang tentang apa yang korang nampak, apa yang korang rasa dan lain-lain lagi tentang backpacking korang. Sekarang menaip kat handphone pun boleh tapi aku lebih prefer cara tradisional ni. Lebih relaxing dan jimat bateri handphone. Bila korang sampai ke suatu tempat seperti cafe atau monumen, luangkanlah sedikit masa untuk menulis.

5. Barang-barang makeup (kurangkan please)
- Jangan diusung semua barang makeup dari rumah ketika travel okay. Cukuplah sekadar deodorant, bedak/bb cream dan lip balm/lipstik. Peracyalah dengan cuaca yang tak menentu plus kehadiran ramai manusia dari segenap pelusuk akan menyebabkan korang jadi tak selesa dengan makeup yang tebal di muka. Tambahan lagi, korang boleh jimat ruang dalam beg untuk diisi dengan benda-benda yang lebih penting. 

Oh ya masukkan minyak gamat atau minyak cap kapak di dalam list korang. Siapa tahu korang mungkin sakit perut atau sakit kepala ketika travel. Jadi sediakan payung sebelum hujan. Sebut pasal hujan, jangan lupa bawa payung lipat sekali tau!

Orait. Inilah dia list barang yang aku senaraikan untuk korang bawa di dalam beg korang ketika travel solo. Kalau berkumpulan lain cerita, korang boleh pinjam meminjam antara satu sama lain. Tetapi, travel solo ni lain ceritanya. Selepas ini aku akan ceritakan sedikit sebanyak tempat yang aku telah backpacking solo, InshaAllah. 

Sampai sini dahulu, tata.
Share on:





Assalamualaikum.

Pejam celik eh dah masuk bulan Ogos kita rupanya kan. Cepat sungguh masa berlalu dan aku masih lagi tak dapat mencapai beberapa target aku sejak mula berhijrah ke Perak ni. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua, Amin ya Rabb.

Okay berbalik kepada tajuk di atas. Dalam telefon pintar korang ada tak aplikasi awesome ini? Bagi seorang yang suka akan mengedit gambar + seni, aplikasi ini memang PATUT termasuk dalam aplikasi kegemaran. Kenapa?Mengapa? Meh aku explain.

 

Aplikasi Prisma membolehkan kita menjadikan gambar kita lebih berseni dan unik daripada lebih 20+ filter yang disediakan. Memang cantik sangat filter yang ada dalam Prisma ni, lain daripada yang lain. Prisma membuatkan bukan sahaja gambar kita menjadi lawa tetapi turut memberikan unsur seni seakan-akan gambar kita telah dilukis pakai tangan oleh artis yang berbakat. Hakikatnya hasil tersebut boleh didapati melalui Prisma dengan mudah dan PERCUMA !

Aplikasi Prisma boleh didapati di Google Play dan App Store sahaja buat masa kini. Siapa tahu mungkin satu hari nanti aplikasi ini boleh diakses melalui komputer kan? Di bawah ni aku tunjukkan beberapa hasil aku menggunakan Prisma untuk mengedit gambar-gambar aku ni. Cantik tak?





Rating : 4.5 /5 

Share on:
  • ← Previous post
  • Next Post →
  • "After all, you've got to start somewhere, even if you make mistakes along the way"
  • Excuse my 'rojak' language, I write nonsense a lot and I love people a lot
140x140

TheZofiroh

Founder of the website

Instagram

Followers

History

  • ►  2018 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2017 (10)
    • ►  December (1)
    • ►  October (6)
    • ►  August (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2016 (50)
    • ►  December (3)
    • ►  November (6)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ▼  August (9)
      • Tahniah Buat Para Atlet Malaysia di Rio 2016
      • Review Filem : Groundhog Day (1993)
      • Dua Pasukan Beregu Badminton Kita Mara ke Final #M...
      • Menikmati Sangkaya di Ipoh Parade
      • Backpack ke Ipoh Part 3 : Cafe Hipster
      • Backpack ke Ipoh Part 2 : Plan B
      • Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh
      • Barang Wajib Dibawa untuk Travel/Backpack
      • Review Aplikasi : Prisma
    • ►  July (5)
    • ►  June (8)
    • ►  May (6)
    • ►  April (9)

Message?

Shoutbox: Free shoutbox for website or blog
Shoutbox Tutorials: How to get a shoutbox
Guestbook: Get a free guestbook for your website
YouTuber Jessica Clements: Ngai Chun Cheung about his crush on Jessica Clements
Model Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is reasoning Jessica Clements
Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is dissecting his obsession with Jessica Clements
Thousand Origami Cranes: Leaving a trail of thousand origami cranes by Ngai Chun Cheung
Hong Kong Origami: Origami Cranes in Hong Kong by Ngai Chun Cheung
Ngai Chun Cheung

This blog is to provide you with daily outfit ideas and share my personal style. This is a super clean and elegant WordPress theme for every bloggers. Theme is perfect for sharing all sorts of media online. Photos, videos, quotes, links... etc.

The Zofiroh Journal

  • Home
Powered by Blogger.
Created By SoraTemplates | Distributed By MyBloggerThemes