Menikmati Sangkaya di Ipoh Parade


Assalamualaikum.

Sebagai seorang peminat buah kelapa, aku dah lama mengidam nak merasa sangkaya ni. Tapi sayang, berdekatan tempat aku memang tak ada. Bila selidik punya selidik, aku dapat tahu memang ciput ja cafe yang ada menjual Sangkaya ni. Di belah utara, cumaa di Ipoh Parade sahaja terdapat Sangkaya ni. Jadi, alang-alang aku dah travel Ipoh, aku pun memulakan pencarian aku memburu Sangkaya ni.

Lenguh kaki tawaf Ipoh Parade ni. Besar benau.


Sampai pun akhirnya.

Keadaan dalam cafe. Cantiknyaaaa.
Masa aku datang tu, customer sorang pun takdak. Al-maklumlah baru pukul 10 pagi. Siapa ja kan yang makan ais krim pukul 10 pagi huhuhu. Anyway, bila tengok menu, aku pun tanya kakak di kaunter tu yang mana paling popular, jadi dia recommend kan aku Sangkaya 4 scope di dalam tempurung kelapa dimana korang boleh pilih 4 jenis ais krim yang korang nak, plus 3 topping pilihan korang. Di bawah ais krim tu ada kelapa tau. Memang heaven la buat peminat kelapa macam aku. Dan asatu lagi, ais krim kelapa dia sedapppppppp sangat. Harganya RM 10.50 termasuk GST. Bukan nak kata apa lah, Baskin Robin, Tutti Frutti, dan macam-macam lagi branded ais krim aku dah rasa,tapi tak kena dengan citarasa aku. Sangkaya lain pulak ceritanya. Puas hati makan. 

Tak rugi cuba. Memang Sedap!
Sampai sini dahulu, jumpa lagi di entry seterusnya, tata.

Comments

  1. Singgah pagi isnin..
    dah lama x makan dekat sangkaya nie...:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. Kita tinggal kat Ipoh, haritu baru lepas pergi :p perisa kelapa paling daebak !

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba lagi.. X berkesempatan..

    ReplyDelete
  4. first time dengar nama dia. hahah tp macam sedap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh