Assalamualaikum.
Semalam aku dan kawan-kawan telah pergi (akhirnya...) melihat sendiri satu-satunya pantai yang terdapat di Batu Pahat. Hanya lebih kurang 20 minit dari bandar, Pantai Minyak Beku memang padat dengan manusia mungkin disebabkan faktor hari Ahad. Walaupun agak tersorok, pantai Minyak Beku sememangnya sesuai untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan.
Bukan setakat pantai sahaja yang menarik perhatian di sini. tetapi terdapat juga kedai-kedai kecil yang menyediakan pelbagai juadah sama ada yang ringan atau berat untuk pengunjung. Selain itu, apa yang istimewanya di sini adalah kewujudan Perigi Batu Pahat yang terkenal dengan kisahnya yang tersendiri. Dengar cerita, perigi ini tak pernah kering. Wow.
Setelah bersantai dan makan bakso di Minyak Beku, kami berangkat pula ke Segenting Love Bridge yang terletak hanya 10 minit dari Minyak Beku. Segenting pun tak kalah dengan pemandangannya yang menusuk kalbu. Memang berbaloi redah anjing-anjing (kawasan Segenting ini majoriti orang cina) dan berjalan agak jauh dari tempat parking (btw parking di sini RM2 huhu) Terdapat resort untuk tidur dan tempat photoshoot replika love, ikan bear-besar dan macam-macam lagi. Malas nak upload banyak-banyak --'
Gigih tau kami berjalan sampai ke hujung jeti. Yang lain semua tak berani haha. Duduk situ sambil menikmati keindahan ciptaan Allah ST bertemankan sayup-sayup angin laut. Seronok sangat. Bila makin ramai pelancong datang untuk photoshoot bagai, kami pun gerak balik. Memang best! InshaAllah nak datang lagi ke sini dengan keluarga pulak nanti. Siapa yang duduk Batu Pahat tapi tak datang sini memang rugi.
Sampai di sini dahulu, tata.
Seronok riadah petang di tepi pantai..
ReplyDeletePantainya pun cantik..