Assalamualaikum.
Semalam aku dan seorang sahabat telah berkunjung ke Taman Botani Sri Medan di Batu Pahat, Johor. Jaraknya dari bandar Batu Pahat ke Sri Medan lebih kurang 30-40 minit sahaja. Dah lama sebenarnya plan nak ke sini tapi urusan kerja dan peribadi seakan tidak mengizinkan. Tetapi, akhirnyaaaa.
Dalam Taman Botani ni bukannya ada apa sangat pun tetapi aku sangat suka melibatkan diri dengan alam semulajadi. Disebabkan rindu sangat dekat Taman Tasik Taiping (my hometown), Taman Botani ni boleh kira sebagai pengubat rindu jugak la huhu.
Kalau berminat dengan tumbuhan herba-herba, tasik, jeti, pokok-pokok, tempat yang sunyi dari kenderaan kota, sesuai sangat la korang datang ke sini. Oh ya, lagi satu....korang mesti kena gigih berjalan okay. Bawa botol air sekali kalau perlu. Tempat ni sangatla besar. Berpeluh jugak la bila jalan tu. Al-maklumlah kenderaan tidak dibenarkan masuk.
Taman Botani Sri Medan ini dibuka setiap hari dari 7 a.m - 7 p.m. Di bawah ini moh aku share sedikit gambar ya.
Sekian dahulu sampai di sini, jumpa lagi di lain entry. Tata.
Kak PC banyak kali lalu tapi belum pernah singgah..inshaAllah mungkin satu masa nanti..bekas lombong ni kalau tak silap..
ReplyDeletepernah lalu je tapi tak pernah masuk, hehehe
ReplyDeletesalam singgah dari www.neezalife.com
seronoknya jalan bawah pokok rendang.. sejukkkk
ReplyDeletemenarik perkongsian nya, salam ukhuwah dari kak ana :) www.anajingga.com
ReplyDeletejelesnya :(
ReplyDeleteKebetulan saya sedang berada di batu pahat ni.
ReplyDeletesaya mesti singgah kat taman tu.
Cantiknya.. Buat photoshoot mesti ohsem..
ReplyDelete