Assalamualaikum
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya I AM BACK. hihi. Harap semuanya dalam keadaan- baik-baik sahaja.
Sebagai seorang peminat filem, di sini aku nak ceritakan TOP 3 genre filem yang selalunya menjadi pilihan aku setiap kali memilih filem untuk ditonton sama ada di panggung wayang ataupun di rumah. Selain faktor pelakon dan review, genre boleh dikatakan faktor ketiga yang aku consider paling penting sebelum membuat keputusan, Selepas itu baru lah sinopsis dan trailer. Terdapat banyak sebenarnya genre yang ada untuk kategori filem ni tapi aku senaraikan tiga sahaja yang men jadi ultimate kegemaran aku. Ok lah, kita mulakan dahulu dengan nombor 1.
1. Drama
- Drama yang dimaksudkan dalam kategori filem adalah karya yang semestinya bukan fiksyen dan mengandungi kuantiti humour yang sedang-sedang sahaja. Drama selalunya mengisahkan kisah hidup persona yang menghadapi situasi tertentu di dalam hidupnya sama ada secara emotional atau sebaliknya. Dulu tak minat pun tetapi sejak melangkah ke 20-an aku semakin sukakan genre filem sebegini. Sesetengah orang rasa bosan, sebab tu selalunya aku tonton sorang ja bila tengok filem bergenre drama ni, boleh fokus 100% dan hayati setiap babak dengan baik. Antara sebab lain aku sukakan filem drama selain nilai murni dan pengajaran adalah setiap kali aku menonton filem yang sama, setiap kali itu juga lah aku akan discover sesuatu yang baru . Memang menakjubkan.
Filem genre drama kegemaran aku adalah :
2. Romantik
- Walaupun di dunia realiti aku bukanlah seorang wanita yang romantik tetapi aku sangat suka menonton filem bergenre romantik. Asalkan skrip dan cinematography cun. Kalau terlalu cliche dan ntah hapa-hapa, kirim salam la jawabnya. Rasanya tak perlu aku ulas panjang-panjang tentang genre filem romantik ini kan? Semua pro dah kot hihi. Tak kisah sama ada romantik komedi atau romantik bukan komedi, aku masih boleh serap kedua-keduanya. Genre ini juga baru masuk dalam list aku sebenarnya sejak masuk 20-an ni, Kalau dulu memang idok ler nak minat filem romantik. Sekarang lain la, dah pandai bermain dengan perasaan, dah pandai menghayati rasa cinta dan kasih sayang, filem-filem sebegini banyak membuka mata dan hati aku.
Filem genre romantik kegemaran aku adalah :
3. Animasi
-Siapa kata dah berumur 22 tahun tak boleh enjoy menonton filem bergenre animasi hah. They are wrong. Aku sampai sekarang masih lagi menjadikan filem animasi antara genre filem kegemaran aku all the time. Kadang-kala filem animasi dapat menyampaikan emosi dan nilai murni dengan cara yang tak dapat manusia sampaikan. Filem animasi mempunya magik mereka yang tersendiri untuk menarik perhatian penonton, seperti aku.
Filem genre animasi kegemaran aku adalah :
Selain dari yang tiga di atas ni, aku juga sangat meminati filem bergenre dokumentari dan black comedy. Tetapi yang itu nanti-natilah aku kupaskan di isu seterusnya ewahh. Bagi genre yang aku tak senaraikan bukan bermakna aku tak suka, tetapi kureng minat sahaja. Kalau aku gigih juga pergi pawagam untuk menonton filem-filem yang luar dari kegemaran aku ini bermakna ada sesuatu faktor istimewa yang ada dalam filem tersebut menarik perhatian aku untuk keluar dari landasan yang biasa aku pilih.
Sampai di sini dahulu entry kali ini. Jumpa lagi di lain entry. InshaAllah.
Tata~
Tata~
Tiga-tiga filem animasi tu kak sha suka.. tengok dengan anak2..
ReplyDeleteYang the notebook tu sempat tgk lagi..
semua pun x penah tgk !! huhuhuu
ReplyDeleteSamee 3 genres ni sume sy minat :)
ReplyDeleteThe Notebook and Up tu memang best :)
ReplyDeleteLenne Zulkiflly
same la layan anime gak sampai dah besar. spirited away tu memang best
ReplyDelete