6 Aplikasi Selfie Paling Popular di Korea


Assalamualaikum.
Sekarang ni bersepah-sepah aplikasi selfie yang ada untuk selfie lovers di luar sana. Al-maklumlah pengguna smart phone dan selfie berpisah tiada, susah bersama, senang bersama gitu. Kalau dulu setakat ada kelebihan filters dan crop. Sekarang, boleh blur kan, conteng kan, kartun kan dan macam-macam lagi. Baru la nampak keohseman nya di situ. Nak ambil selfie pun tak payah risau banyak, dengan sekali klik, poof muka kita pun dah tak macam muka kita lagi. Itulah hebatnya aplikasi selfie masa kini. Di sini, aku nak share 5 aplikasi selfie yang paling popular masa kini.

1. SNOW


 Aplikasi Snow ni lebih kurang macam snapchat. Pelbagai filter menarik yang ditawarkan oleh pengguna. Comel-comel belaka semuanya tau. Bukan sahaja selfie berbentuk gambar statik, tetapi juga dalam bentuk gambar bergerak iaitu GIF dan video turut disediakan. Nak swap face pun boleh. Pendek kata memang perfect lah. Yang tak bestnya aplikasi ni sangat makan bateri dan ruang. jadi faham-faham je lah ye. Okay, seterusnya.

2.CAMERA 360


Dulu aplikasi camera 360 ni tak ada pun features ala-ala snow ni, tapi sekarang dah maju. Dia pun nak jugakkkk. Kelebihan aplikasi ni berbanding Snow, korang boleh edit muka korang jadi slim, buang parut dan segala flaw di muka korang yang buatkan korang kurang berkeyakinan nak post selfie korang di Instagram tu lah. walau bagaimanapun, filter bergerak macam gambar di atas tu tak banyak seperti Snow. 

3. CYMERA


Mungkin aplikasi Cymera tak segagah seperti Snow dan Camera 360, tapi aplikas ni pun ada kelebihannya yang tersendiri. Melalui Cymera, korang boleh buat collage yang kemas dan lawa. Korang juga boleh edit features muka korang tau. Contohnya nak tajamkan dagu ka, nak kempiskan pipi ka, dan lain-lain lagi. Memalui app ini juga korang boleh blur kan, highlight kan, shadow kan gambar korang. Apa yang paling aku suka tentang Cymera adalah aplikasi in tak berat sangat dan sangat simple serta mudah digunakan.

4. BEAUTY PLUS 
 Beauty Plus lebih kurang seperti Cymera, cuma yang best nya tentang aplikasi ini adalah korang boleh apply filter sebelum korang ambil gambar. Bak kata orang secara live la hihu. Dah puas hati, baru snap gambar. Haa gituw. Selain dari itu, ada fungsi glitter yang menyerlahkan lagi gambar korang beserta dengan sticker dan touch up lagi. Sesuai la dengan nama dia, Beauty Plus.

5. PHOTO WONDER

 Hari ni korang kelam kabut, tak sempat pakai makeup? Jangan risau, photo wonder boleh tolong makeup kan korang. Nak tukar lipstik, blusher, eye shadow, malah tukar warna lens pun boleh. Tapi, jangan tamak. Nanti nampak macam budak dua tahun pakaikan makeup dekat korang pulak. Eww.

6. B612
Ini merupakan satu-satunya aplikasi selfie yang aku setia pakai dari dulu sampai sekarang walaupun dah jarang guna, aku masih tak uninstall sebab suka sangat. Maaf terserlah 'bias' di sini. hehe. Apa yang paling aku suka tentang B612 adalah filternya yang cun melecun plus bukan gambar sahaja yang korang boleh ambil ala-ala collage tapi begitu juga video macam di atas ni. Aplikasi ini juga tak berat dan sangat mesra pengguna. Tak percaya, cubalah.

Orait, cukuplah aku senaraikan 6 aplikasi selfie yang paling popluar di Korea. Jadi, korang pengguna aplikasi yang mana satu? Share la. Atau korang tak pernah guna satu pun antara aplikasi yang aku senaraikan ni?Apapun, sampai di sini dahulu. Tata.
Kredit : Soompi 

Comments

  1. hahaha semua yg atas tu ain takdak dan tak pernah install sebab ntah tak minat kut ><

    ReplyDelete
  2. wahh mcm2 apps ada yek utk gambar.. hehe

    ReplyDelete
  3. Pernah ada Photo Wonder dalam phone tapi tak pakai pun, sebab jarang berselfie dah keke

    ReplyDelete
  4. ekin pernah guna photo wonder, camera 360,beauty plus

    ReplyDelete
  5. Wow perform! Boleh download lepas ni. Hihihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Review Filem : Train To Busan (2016)

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh