JOOX pun menyambut Ramadhan?




Assalamualaikum.

Korang pengguna setia aplikasi JOOX tak? Aku bukan setakat setia dah, memang big fan dah sekarang. Sebelum ini aku jatuh cinta dengan aplikasi Spotify, tapi sekarang tengok, cinta beralih arah gituw.
Kalau ini kali pertama korang dengar tentang aplikasi JOOX , biar aku explain sedikit sebanyak tentang aplikasi ini.

JOOX merupakan pemain muzik yang meyediakan lagu-lagu yang kita boleh dengar secara online, bahkan offline. Selain itu, korang boleh buat playlist sendiri dan decorate korang punya playlist berdasarkan beberapa tema yang JOOX offer. Tema Ramadhan pun ada tau. 

Free ke aplikasi JOOX ni? Mana ada benda free di dunia ni wahai abang kakak adik semua. Tak silap aku JOOX berharga RM 3.80 *kalau tak silap la, better korang check dulu di playstore* untuk subscribe selama sebulan. Part yang paling best nya, JOOX boleh extend korang punya subscription tu melalui beberapa cara yang sangat simple. 

Korang hanya perlu share lagu yang korang dengar di aplikasi Wechat ataupun Facebook sahaja!!! Plus, satu lagu sehari pun dah cukup. Sekali korang post, sehari korang punya VIP subscription dia extend. Kalau korang share 7 lagu selama 7 hari, maka korang punya subscription pun bertambahlah menjadi 37 hari. Wahhh. Mudah kan? 

Walaupun JOOX tak mempunyai pilihan lagu sebanyak Spotify, tetapi bagi aku mehhh. Alasan tipis je tu, sekarang ni bilangan lagu yang JOOX sediakan semakin bertambah dan mengikuti perkembangan masa, tak macam masa mula-mula dulu JOOX muncul. Dan part yang paling best, yang paling buat aku semakin respek dengan JOOX ni adalah bila aku discover yang JOOX turut menyediakan lagu-lagu nasyid, selawat, dan juga bacaan al-quran kepada pendengarnya sempena bulan Ramadhan ni. Wahhhhh. Bravo!


Rabbani, In-Team, NowSeeHeart, Hafiz Hamidun, dan lain-lain. Majoriti semua penyanyi nasyid ada. Malahan terdapat juga bacaan al-quran beserta terjemahan disediakan oleh JOOX. Al-maklumlah, di bulan mulia ini, telinga pun kena berpuasa jugak. Jadi aku pun sangat gembira apabila JOOX seakan-akan memahami niat aku ewah. Tak perlu la susah-susah nak cari di internet, download bagai. JOOX ada. 

Cuba tengok gambar di atas, di bawah senarai playlist tu ada 'bluetick' kan? Itu bukan bluetick whatssap ya tetapi itu bluetick yang menandakan aku dah download mp3 tersebut. Jadi, kalau internet takde pun ketika itu, aku masih boleh mendengar mp3 tersebut. Itu pilihan korang sama ada nak download atau tak :)

Terima Kasih JOOX. Dan Salam Ramadhan semua. Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Review Filem : Train To Busan (2016)

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh