Review Filem : The Chaser (2008)



Assalamualaikum. 

Aku memang tak suka tengok filem thriller/horror. Tak perlu la aku ceritakan sebab musababnya, apa yang pasti pelakon Ha Jung Woo menyebabkan aku break the taboo sekejap lulz. Jadi, aku pun beranikan diri menonton filem The Chaser ni. Nasib baik filem ni tak berapa brutal sangat, ia lebih kepada psychology. 

The Chaser kedengaran macam tipikal bila korang baca sinopsisnya, yelah seorang pembunuh psycho yang dikejar oleh bekas detektif yang berusaha menjejak kembali pelacur dia yang hilang , yup lepas berhenti jadi detektif, brader ni jadi bapak ayam pulak ish ish, dan bermula lah pengenalan antara dia dan pembunuh psycho ni. 

Btw, filem ini merupakan adaptasi dari kisah sebenar tentang seorang pembunuh bersiri yang pernah menggegarkan Korea Selatan pada 70-an dahulu. Apa yang menarik tentang filem ini adalah kisahnya bukan berkaitan tentang pencarian pembunuh tersebut tetapi lebih kepada pencarian mangsa pembunuh tersebut. Haa, kenapa?Mengapa?Bagaimana? Korang kena la tengok sendiri. Tak syiok pulak spoil filem terutamanya yang bergenre thriller ni kan.

Walau bagaimanapun, ending filem ini agak menghampakan bagi aku tetapi realistik. Bila tengok filem ni, korang kena banyak bawak bersabar. Sebabnya banyak adegan yang membuatkan korang urut dada, geleng kepala dan nak hentak kerusi dekat skrin pun ada, gerammmmm. Ha punya suspen la filem ni, sampai tahap macam tu. Bagi peminat filem thriller/horror, jangan lepaskan peluang tengok filem ini okie? 

Sampai di sini dahulu, tata.

Comments

  1. Okaay sekrg juga nak cari download! #horrorfilmfans was here. hahaha

    ReplyDelete
  2. Waa,peminat cerita horror ni, taknak lepaskan peluang :) memang sesuai sangat nak layan time tak ada assignment lagi ni xD

    ReplyDelete
  3. wow menarik nie. paling2 movie korea. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh